web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sepang Lanjut Kontrak MotoGP Sehingga 2024, PETRONAS Selaku Penaja Utama

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2022 8:04AM

SIC akan kekal dalam kalendar MotoGP hingga 2024. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal dalam kalendar Kejuaraan Dunia Grand Prix Motosikal (MotoGP) sehingga 2024 dengan Petronas terus menjadi penaja utama perlumbaan itu.

Pemegang hak MotoGP Dorna Sports ketika mengumumkan pusingan di Malaysia akan dikenali sebagai Grand Prix Petronas Malaysia mulai tahun ini memaklumkan semua pihak terlibat sudah pun berbincang untuk melanjutkan perjanjian hingga 2026.

Sejak 1999, SIC menjadi litar kegemaran peminat dan juga pelumba dengan dua laluan lurus panjang, gabungan selekoh berbeza-beza dan kompleks grandstand utama yang menakjubkan, serta telah mementaskan 20 GP.

Selepas perlumbaan musim 2020 dan 2021 dibatalkan berikutan pandemik COVID-19, perlumbaan tahun ini dijadual berlangsung pada 21-23 Oktober.

Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports Carmelo Ezpeleta berkata Malaysia adalah pasaran penting MotoGP dan ia adalah satu keseronokan untuk berlumba di Sepang dan menyaksikan keghairahan luar biasa peminat yang memenuhi tempat duduk grandstand.

“Selepas terbukti dapat kembali ke Malaysia untuk ujian pramusim tahun ini, kami lebih bersemangat untuk kembali dan berlumba. Kami semua menantikan Grand Prix Malaysia dan melihat peminat kami di Malaysia untuk banyak musim lagi.

“Kami juga berbangga dapat menjalinkan kerjasama dengan PETRONAS, jenama yang sinonim dengan kecemerlangan dan kejayaan, dan duta hebat untuk Malaysia di persada dunia.

“Tiada yang lebih baik sebagai penaja utama untuk Grand Prix Malaysia selain daripada satu nama yang menjadi lambang dalam sukan permotoran. Kami tidak sabar untuk melihat jenama ikonik ini mendapat pengiktirafan teratas pada acara itu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif mengucapkan penghargaan kepada mereka yang menjadikan lanjutan kontrak berkenaan menjadi kenyataan.

“Dengan rekod penonton yang dicatatkan sentiasa meningkat setiap tahun, kami tidak sabar untuk menyambut kedatangan penonton kembali ke Sepang selepas dua tahun tidak dapat berbuat demikian berikutan pandemik. Selaras dengan tema kami #WelcomeHome, tahun ini adalah mengenai kebangkitan sukan permotoran antarabangsa dengan tawaran lebih unik kepada peminat,” tambahnya.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas Datin Anita Azrina Abdul Aziz berkata syarikat minyak itu amat berbesar hati untuk menaja gelaran untuk GP Malaysia, yang dianggap sebagai acara sukan utama di Malaysia dan Asia.

“Penajaan utama menawarkan peluang untuk kepada Petronas untuk berhubung dengan peminat sukan itu dan mempamerkan jenama serta produk kami,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

PETRONAS Bayar Dividen RM40 Bilion Kepada Kerajaan Pada 2023

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

2 Anak Malaysia Galas Tugas Jurutera Bendalir F1 Mercedes-AMG PETRONAS

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Runding Cara Baik, Tanpa Belakangkan Perlembagaan - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad