Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Permukaan Padang Pengaruhi Permainan - Tunku Ismail

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2022 12:40PM

Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika mengadakan lawatan ke Stadium Nasional di Bukit Jalil, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perubahan drastik bagi menggantikan rumput jenis cowgrass di gelanggang rasmi skuad Harimau Malaya itu perlu, memandangkan mutu permukaan padang akan memberi pengaruh terhadap usaha meningkatkan gaya permainan pasukan negara supaya seiring perkembangan bola sepak moden.

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah baginda sudah bersuara mengenai rumput padang untuk latihan pasukan bola sepak negara sejak lima tahun lepas, dan kini baginda berharap pasukan-pasukan dalam Liga Malaysia turut mengambil inisiatif untuk ‘menukar’ rumput padang mereka.

“Kalau boleh saya nak semua pasukan evolve kerana benda (padang) itu akan memainkan peranan dari segi permainan bola sepak kita jadi lebih efektif dalam era bola sepak moden dari aspek strategi dan taktikal. Kerana itu kita mulakan di sini (Stadium Nasional) dulu,” titah baginda sebagai mengulas langkah baginda menaja kos penanaman rumput baharu jenis Zeon Zoysia di Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini, semalam.

Tunku Ismail bertitah demikian pada sidang media selepas berangkat meninjau permukaan padang Stadium Nasional yang menyaksikan baginda turut berkenan menyampaikan replika cek dengan nilainya tertulis ‘kos penukaran permukaan padang’, sebagai simbolik kepada sumbangan yang akan diberikan.

Tunku Ismail bertitah bahawa baginda ingin melihat bukan sahaja JDT dan skuad kebangsaan dapat bermain mengikut gaya bola sepak moden, malah kesemua pasukan dalam negara turut dapat mempraktikkan corak permainan sedemikian.

Ini kerana menurut baginda, ada pemain negara yang pada pemerhatiannya dilihat amat kekok apabila beraksi di luar negara kerana sudah terbiasa dengan permukaan padang jenis ‘cowgrass’ yang digunakan kebanyakkan pasukan dalam negara.

“Kalau kita boleh seragamkan semua padang sama, setiap pasukan boleh main bola sepak moden, dan apabila kita panggil pemain untuk mewakili negara, pemain-pemain ini tidak kekok untuk ikut rutin latihan dan macam mana jurulatih perlukan mereka beraksi,” titahnya.

Tunku Ismail bertitah bahawa baginda mungkin akan menambah jumlah tajaan yang dikeluarkan untuk membantu bagi mendapatkan mesin diperlukan bagi kerja-kerja penyelenggaraan padang, antaranya mesin ‘vertidrain’.

Kerja-kerja penanaman rumput baharu di Stadium Nasional dengan kos menelan belanja antara RM1.2 hingga RM1.4 juta yang ditaja Tunku Ismail itu hanya akan bermula pada Januari 2023.

Kelewatan kerja-kerja yang dijangka mengambil masa kira-kira empat bulan itu disebabkan komitmen yang telah dipersetujui pihak stadium untuk menganjurkan beberapa acara di venue berkenaan sepanjang tahun ini. - Bernama

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

Semasa 1 jam yang lalu

Yang Di-Pertua Dewan Negara Terima Rawatan Lanjut Di HKL

oleh Fida Ruzki

Semasa 19 jam yang lalu

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

Semasa 17 jam yang lalu

Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia, Majlis Ulama Asia Pada 7, 8 Mei