web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


All England, Impian Zii Jia Ke Final Tidak Kesampaian

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2022 8:08AM

Lee Zii Jia - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan negara Lee Zii Jia gagal mempertahankan kejuaraan All England selepas tunduk di tangan pemain dari India, Lakshya Sen dalam aksi separuh akhir di  Arena Birmingham hari ini.

Zii Jia tewas dalam aksi tiga set 13-21, 21-12 dan 19-21.

Turun selaku pemain pilihan keenam, laluan Zii Jia tampak berliku apabila berlaku aksi kejar mengejar mata, namun Sen menidakkan kemampuan pemain berusia 24 tahun itu dengan menang 13-21 pada set pertama.

Tatkala permainan kelihatan lebih memihak kepada Sen, Zii Jia kembali dengan momentum bertenaga untuk melengahkan kemenangan Sen apabila seketika mendahului 10-2 sebelum memenangi perlawanan set kedua 21-12.

Pada set penentuan, Zi Jia yang pernah tewas kepada Sen pada Siri Antarabangsa Satelit India 2016 di Hyderabad, India sekali lagi gagal menyaingi pencabar berusia 21 tahun itu yang mencatat kemenangan 21-19.

Kemenangan Sen dalam aksi selama sejam 16 minit itu menyaksikan beliau bakal membuat perhitungan pada final esok berdepan pemain pilihan pertama dari Denmark, Viktor Axelsen atau pemain pilihan keempat dari Taiwan, Chou Tien Chen yang turun beraksi lewat hari ini. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad