web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


All England: Permulaan Sempurna Bagi Zii Jia, Aaron-Wooi Yik

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2022 3:22PM

Zii Jia menang dalam straight sets menentang pemain Jepun, Kenta Nishimoto. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Kejohanan Badminton Terbuka All England 2022 di Birmingham, dengan sempurna apabila berjaya menempah tempat ke pusingan kedua, malam tadi.

Berlangsung di Utilita Arena Birmingham, Zii Jia yang merupakan pemain pilihan keenam, mengambil masa 43 minit untuk menundukkan pemain Jepun, Kenta Nishimoto, 21-16, 21-17.

Zii Jia, yang menduduki ranking ketujuh terbaik dunia, dijangka menempuh laluan mudah ke suku akhir yang dijadual bertemu Brian Yang hari ini selepas pemain Kanada bukan pilihan itu, bangkit daripada ketinggalan menewaskan Sitthikom Thammasin dari Thailand, 16-21, 21-19, 22-20, semalam.

Sementara itu, pemenang gangsa beregu lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke peringkat seterusnya berikutan kemenangan ke atas gandingan Scotland, Christopher Grimley-Matthew Grimley, 21-14, 21-19.

Aaron-Wooi Yik, gandingan pilihan keempat akan menentang He Ji Ting-Tan Qiang dari China.

Ji Ting-Tan Qiang berjaya ke pusingan kedua apabila menyingkirkan gandingan negara yang baru dinobatkan juara Terbuka Jerman 2022 Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dalam rubber set, 21-15, 19-21, 21-11.

Dalam pada itu, pasangan beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah dengan mudah menumpaskan pasangan tidak ternama dari Brazil apabila pasangan ranking 15 dunia itu mara ke pusingan kedua, menewaskan pasangan dari Brazil, Jaquelina Lima-Samia Lima, 21-8, 21-12.

Pearly-Thinaah akan menentukan slot ke suku akhir menentang Rin Iwanaga-Kie Nakanishi selepas gandingan Jepun itu menundukkan beregu India, Ashwini Ponnappa-Reddy N Sikki, 21-9, 21-13.

Bagi kategori beregu campuran, gandingan profesional Malaysia ke-13 dunia, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie sekali lagi tumpas pada pusingan pertama menentang pasangan Denmark, Mathias Thyrri-Amalie Magelund, yang menduduki ranking 765 dunia, 21-18, 21-16.

Minggu lepas, Soon Huat-Shevon gagal mara ke pusingan kedua Terbuka Jerman 2022 selepas mereka tewas kepada Callum Hemming-Jessica Pugh dari England, 21-14, 13-21, 12-21. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris 2024: Zii Jia Layak Ke Separuh Akhir

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Alami Kekejangan Otot, Tarik Diri Terbuka Singapura

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Kejutkan Antonsen Untuk Separuh Akhir Malaysia Masters

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik