Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ratu Gimnastik Negara Farah Ann Bersara

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2022 7:47PM

Farah Ann secara rasmi mengumumkan persaraannya dari arena sukan gimnastik. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi akhirnya menamatkan spekulasi apabila secara rasmi mengumumkan persaraannya hari ini.

Farah Ann, yang mengucapkan selamat tinggal kepada gimnastik menerusi Facebooknya menyifatkan penglibatan selama 25 tahun dalam sukan itu sebagai satu perjalanan yang menakjubkan.

“Dua puluh lima tahun lepas, seorang anak kecil mengambil keberanian dan menyertai dunia gimnastik.

“Terpesona untuk menjadi seorang gimnas, saya memulakan perjalanan yang akhirnya menjadi minat terbesar dalam hidup saya.

“Sekarang selepas 25 tahun yang menakjubkan dalam sukan ini, saya akhirnya sudah bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal daripada menjadi seorang gimnas kompetitif,” katanya.

Atlet kelahiran Selangor itu berkata sangat bersyukur atas persaraannya yang mengikut jangka masa terutama selepas layak beraksi di Sukan Olimpik Tokyo tahun lepas.

Gimnas berusia 27 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang berkecimpung dalam sukan gimnastik dan atas segala kenangan, pengalaman, tunjuk ajar, kasih sayang dan sokongan yang diberikan.

Walaupun telah bersara, Farah Ann berkata beliau akan terus menyumbang dalam sukan itu pada masa akan datang.

“Gimnastik adalah sebahagian daripada saya, ia menjadi minat saya dan berharap dapat terus menyumbang dalam sukan ini,” katanya.

Farah Ann membuat penampilan sulungnya di temasya Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India muncul antara gimnas terbaik Malaysia di pentas Sukan SEA.

Gimnas negara itu meraih tujuh pingat emas, dua perak dan tiga gangsa di temasya dwitahunan itu dengan Sukan SEA 2019 di Filipina adalah pencapaian terbaik dengan mengutip tiga emas dalam acara senaman lantai, palang bertingkat dan all-around.

Pencapaian terbaik Farah Ann adalah layak beraksi di pentas Olimpik buat pertama kali tahun lepas, menyaksikan beliau menduduki tempat ke-68 daripada 85 peserta selepas mengutip 48.565 mata pada pusingan kelayakan acara all-around wanita.

Beliau mengutip 11.600 mata (palang bertingkat), 11.566 mata (titian imbangan), 12.233 mata (senaman lantai) dan 13.166 mata (melombol).

Sebelum ini, masa depan Farah Ann bersama skuad kebangsaan menjadi tanda tanya apabila dilaporkan tidak mengikuti latihan selama tiga minggu dan menyuarakan hasrat untuk bersara.

Terdahulu, Bernama melaporkan Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) hari ini mengesahkan bahawa Farah Ann tidak disenaraikan dalam skuad kebangsaan ke temasya Sukan SEA Hanoi, Vietnam pada Mei depan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

PKR Bantah Keputusan Kerajaan Terengganu Larang Atlet Wanita Sertai Gimnastik 

2

Sukan 11 bulan yang lalu

Peja Nafi Ketidakstabilan Politik Jadi Punca Program Podium Tak Diteruskan

3

Sukan 11 bulan yang lalu

Atlet Naturalisasi, Gangguan Seksual Antara Sebab Sasaran Gagal Dicapai

4

Sukan 11 bulan yang lalu

Kontroversi Sukan SEA: ‘Saya Tidak Akan Minta Maaf Kerana Menghantar Atlet Muda – Hannah

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

Semasa 3 jam yang lalu

Kemarau: Beting Pasir Seluas Padang Bola Timbul Di Sungai Kelantan

Semasa 1 hari yang lalu

Pengusaha Stesen Minyak Terima Ugutan Diminta Buat Laporan Polis - Saifuddin

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Parah Nahas Jalan Kuala Krai - Gua Musang