Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Piala FA: Selangor Belasah Harini FT 6-0

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2022 8:51AM

Pemain Selangor meraikan kemenangan membenam Harini FT 6-0 pada pusingan pertama aksi Piala FA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi. - Gambar dari Facebook Selangor FC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Herlison Caion muncul wira Selangor FC, apabila jaringan hatriknya membantu juara lima kali itu, membelasah Harini FT 6-0 pada pusingan pertama aksi Piala FA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.

Skuad kendalian Michael Feichtenbeiner itu tidak menunggu lama untuk merobek gawang pasukan Liga M3 apabila Caion meledak jaringan pertama pada minit ke-17, sebelum Hyuri Henrique de Oliveira Costa menggandakan jaringan pada minit ke-29.

Skuad Gergasi Merah terus menambah derita pasukan amatur tersebut menerusi Safuwan Baharudin yang meledak gol ketiga pada minit ke-42 dan Syahir Bashah pula membuat jaringan gol keempat selang lima minit kemudian.

Caion yang merupakan penyerang import dari Brazil kemudian melengkapkan hatriknya menerusi jaringan pada minit ke-63 dan ke-67 untuk membawa Selangor ke pusingan kedua dengan penuh bergaya.

Sementara itu, Penang FC turut mara ke pusingan kedua selepas berkenduri gol untuk membenam Bukit Tambun FC 4-0 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Skuad Harimau Kumbang yang mengawal pemainan seawal wisel permulaan, mendapat peluang awal apabila Rafael Vitor Santos De Freitas dikasari pemain pertahanan Bukit Tambun FC, Harzanhafiz Hazlizanizan Ahwal dalam petak penalti pada minit ke-15.

Rafael Vitor tampil mengambil sepakan penalti itu dan menjaringkan gol sulung Penang FC  pada minit ke-17, sebelum menambah jaringan menerusi Mohammad Alif Romli selang empat minit kemudian.

Babak kedua menyaksikan gawang Bukit Tambun dibolosi lagi menerusi Muhammad Rafiuddin Roddin yang bijak mencari ruang untuk menewaskan Mohd Hafidz pada minit ke-63. 

Serangan bertali arus pasukan tuan rumah membuahkan hasil apabila Muhammad Danial Ashraf Abdullah berjaya meledak jaringan minit ke-90 untuk memuktamadkan kemenangan.

Kelantan United FC (KUFC) turut berpesta gol menewaskan Kinabalu Jaguar FC  4-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Dua gol KUFC dihasilkan Muhammad Haziq Mohd Subri masing-masing pada minit ke-34 dan Muhammad Asraff Aliffuddin Yasin minit ke-42 separuh masa pertama.

KUFC kemudian menggandakan jaringan pada minit ke-51 menerusi Amidu Salifu dan minit ke-57 menerusi Jacob Njoku untuk terus mengekalkan penguasaan perlawanan sehingga wisel dibunyikan. - Bernama

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Kanak-kanak Perempuan Cedera Terjatuh Dari Tingkat 2 Pangsapuri

Luar Negara 1 hari yang lalu

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

Politik 18 jam yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

Sukan 1 hari yang lalu

Nurul Izzah Dapat Basikal Baharu Ke Paris 2024