Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Liga Super: JDT Belasah Sarawak United, 6-0

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2022 9:09AM

Pemain JDT, Bergson Gustavo Silveira Da Silva (kiri) cuba melepasi pertahanan Sarawak United FC, Ahmad Tasnim Fitri Mohd Nasir pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua ‘awang import’, Bergson Da Silva dan Fernando Martin Forestieri masing-masing menyumbat dua gol bagi membantu juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan permulaan sempurna bagi musim 2022 selepas membelasah Sarawak United, 6-0, malam tadi.

Aksi kedua liga berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri menyaksikan JDT bermula cemerlang apabila bola tolakan pemain tengah Muhammad Nazmi Faiz Mansor menemui penyerang Argentina, Forestieri yang tenang melepaskan sepakan leret dari sebelah kiri padang untuk meletakkan pasukan ‘Harimau Selatan’ itu di depan 1-0 pada minit ke-15.

Bergson kemudian menambah jaringan untuk skuad kendalian Benjamin Mora apabila sepakan volinya menerjah masuk gawang ‘Bujang Senang’, berpunca daripada hantaran cantik pemain sayap sensasi, Arif Aiman Mohd Hanapi pada minit ke-39, sekali gus memberikan mereka kelebihan dua gol tanpa balas menuju ke bilik persalinan.

Bersambung babak kedua, JDT yang memanfaatkan kesempatan dengan kelebihan seorang pemain  di atas padang selepas pemain pertahanan, Raja Imran Shah Raja Amin diperintah keluar padang selepas mengasari pemain gantian, Muhammad Safawi Rasid pada minit ke-60, terus berpesta gol apabila Bergson  meledak gol kedua menerusi sepakan dari jarak dekat pada minit ke-62.

Sembilan minit kemudian, pintu gol Sarawak terus bocor menerusi tandukan pertahanan import, Carli De Murga hasil sepakan sudut Arif Aiman diikuti jaringan Muhammad Safawi yang menolak masuk gol kelima JDT pada minit ke-80 sebelum Forestieri menutup malam indah buat pasukannya selepas meledak gol kedua peribadi pada minit-84, sekali gus memastikan pasukannya gah di persada liga dengan enam mata.

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, naib juara Liga Super 2021, Kedah Darul Aman FC tidak mensia-siakan bermain di hadapan penyokong sendiri apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menundukkan juara bertahan Piala Malaysia, Kuala Lumpur (KL) City FC, 3-2.

Sepakan kencang di dalam kotak penalti oleh pemain tengah KL City, Zhafri Yahya pada minit ke-28 mengejutkan tuan rumah untuk meletakkan skuad warga kota di depan 1-0 namun kedudukan itu tidak kekal lama apabila tandukan tonggak serangan, Muhammad Syafiq Ahmad berjaya menyamakan kedudukan buat Kedah, empat minit kemudian.

Pemain gantian, Mohammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin, bijak melepasi perangkap offside sebelum merembat masuk jaringan kedua pasukan bimbingan Aidil Sharin Sahak pada minit ke-67 manakala penyerang import Dennis Buschening menghukum kealpaan barisan pertahanan pelawat menerusi jaringan ketiga ‘Lang Merah’ pada minit ke-69.

Kevin Brandon Xavier Koudemba cuba memberi sinar kebangkitan buat KL City namun jaringannya pada minit ke-87 sudah terlambat bagi pasukannya untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata dari Kedah dan kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Sementara itu, Sabah FC kendalian Datuk Ong Kim Swee merakam kemenangan sulung liga musim ini selepas menewaskan Petaling Jaya City FC, 3-1, dalam perlawanan di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Sabah membuka tirai jaringan menerusi tandukan pertahanan Brazil, Jackson De Souza pada minit ke-15 dan satu lagi tandukan, kali ini oleh Neto Pessoa melebarkan kedudukan buat tuan rumah pada minit ke-35.

Jaringan pemain sayap S. Kumaahran membantu PJ City merapatkan jurang pada minit pertama masa kecederaan di babak pertama namun pemain Indonesia, Saddil Ramdani meledak gol ketiga ‘Sang Badak’, tiga minit selepas separuh masa kedua bermula, untuk mereka mengutip tiga mata penuh malam tadi. - Bernama

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

Politik 1 hari yang lalu

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

Semasa 1 hari yang lalu

Pengusaha Stesen Minyak Terima Ugutan Diminta Buat Laporan Polis - Saifuddin

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi