web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terbuka Jerman, Zii Jia Tempuh Laluan Sukar

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 9:19PM

Lee Zii Jia - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia terpaksa berhempas-pulas selama 52 minit sebelum menundukkan Mark Caljouw dari Belanda dalam pusingan pertama Terbuka Jerman 2022 di Muelheim an der Ruhr, hari ini.

Kali terakhir bertembung pada separuh akhir All England 2021, pemain Belanda itu memberi tentangan sengit sebelum memenangi set pertama 21-19.

Bagaimanapun, Zii Jia, yang menjadi perseorangan profesional Januari lepas, berjaya menemui rentaknya untuk bangkit mengetepikan Caljouw 21-13, 21-8, dalam perlawanan di Westenergie Sporthalle.

Pemain pada ranking ketujuh dunia dan pilihan kelima kejohanan itu akan menentang Christo Popov pada pusingan kedua esok, selepas perseorangan Perancis itu menewaskan Misha Zilberman dari Israel 21-19, 21-18.

Sementara itu, beregu wanita nombor satu kebangsaan Pearly Tan-M.Thinaah, yang diletakkan sebagai pilihan kelapan, dikejutkan dengan kekalahan awal selepas kecundang pada beregu bukan pilihan dari Scotland Julie Macpherson-Ciara Torrance 17-21, 14-21. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 13 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik