web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sukan SEA, Farah Ann Mungkin Tidak Ke Hanoi

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 8:58PM

Farah Ann Abdul Hadi - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Harapan untuk menyaksikan Ratu Gimnastik negara Farah Ann Abdul Hadi beraksi pada Sukan Sea Hanoi di Vietnam, pada 12-23 Mei ini semakin pudar.

Malah, Setiausaha Kehormat Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) Afrita Ariany Nasril memberi bayangan bahawa pemenang emas Sukan SEA 2019 itu mungkin tidak menyertai temasya dwitahunan tersebut.

Bagaimanapun, Afrita berkata peluang masih terbuka untuk Farah Ann menyertai Sukan SEA pada saat-saat akhir jika beliau menjelaskan status terkininya bersama skuad kebangsaan sebelum 12 Mac (Sabtu) ini, iaitu tarikh akhir pendaftaran oleh pihak penganjur sukan itu.

“Saya boleh memberi bayangan bahawa Farah Ann mungkin tidak dapat bertanding dalam Sukan SEA.. tetapi kita masih ada lagi tiga hari untuk membuat keputusan.

“Namun, dalam masa tiga hari, sama ada kita ada pilihan atau tidak (untuk menyenaraikan Farah Ann dalam pasukan), tertakluk kepada Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada pihak teknikal dan para jurulatih dan mereka juga akan meneliti laporan perubatannya, sama ada beliau bersedia atau tidak untuk bertanding,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan MGF telah menghantar senarai akhir gimnas yang akan mewakili negara ke temasya tersebut kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) semalam (8 Mac).

Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria turut memaklumkan pada sidang media semalam bahawa status penyertaan Farah Ann di Vietnam akan hanya diketahui pada Sabtu ini, berikutan badan induk itu masih menunggu kata putus daripada MGF.

Kedudukan gimnas kelahiran Selangor itu dalam pasukan kebangsaan masih menjadi teka-teki selepas beliau dilaporkan tidak mengikuti latihan selama tiga minggu dan dikatakan berkemungkinan untuk bersara.

Pada 1 Mac, Afrita Ariany berkata Farah Ann mungkin menimbangkan untuk bersara kerana usia atau kecederaan, namun katanya, MGF masih terbuka untuk perbincangan sekiranya beliau memerlukan bantuan. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja