web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JDT Menang Tipis Ke Atas Penang FC

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2022 8:12AM

Pemain KL City FC Kevin Brandon Xavier Koubemba (kiri) cuba mengawal bola dari dirampas oleh pemain Selangor FC Yazan Mousa Mahmoud Abu Al-Arab. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan pemburuan gelaran Liga Super kesembilan berturut-turut dengan mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Penang FC di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Skuad Harimau Selatan yang masih segar dengan kejayaan menjulang Piala Sultan Ahmad Shah menerusi kemenangan 3-0 ke atas Kuala Lumpur (KL) City FC pada minggu lepas, bagaimanapun terpaksa bekerja keras dengan serangan bertali arus untuk memecahkan kubu pertahanan Penang bagi mencari jaringan berharga itu.

Selepas berusaha selama 70 minit, pemain import dari Brazil Bergson da Silva berjaya menanduk masuk bola hasil sepakan percuma pemain muda Arif Aiman Mohd Hanapi.

Terdahulu, Kedah Darul Aman (KDA) FC mengutip tiga mata selepas mengatasi pendatang baharu liga, Sarawak United FC menerusi kemenangan 1-0 di Stadium Negeri, Kuching.

Pemain import dari Cameroon Ronald Ngah muncul wira buat skuad kendalian Aidil Sharin Sahak dengan jaringan tunggal pada minit ke-16, turut mencatat nama sebagai penjaring pertama bagi Liga Super musim ini.

Di Kota Kinabalu, Sabah FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri dan deretan peluang terhidang apabila kalah 0-1 kepada juara Liga Premier 2021, Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Likas.

Sabah mendapat peluang terbaik untuk mencipta gol apabila pengadil Zulkarnain Zakaria menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-47, selepas penyerang Neto Pessoa dikasari penjaga gawang Ahmad Syihan Hazmi Mohamed dalam kotak penalti, namun sepakan penyerang import dari Brazil itu diselamatkan oleh Ahmad Syihan.

Skuad kendalian K Devan berjaya mengesahkan tiga mata apabila pemain pertahanan, Khair Muhammad Jefri Jones merembat masuk sepakan percuma Ahmad Khuzaimi Piee, yang gagal dikeluarkan oleh benteng pertahanan Sabah pada minit ke-52.

Sementara itu, aksi derbi Lembah Klang yang penuh dramatik antara KL City dan Selangor FC berkesudahan dengan terikat 3-3 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Pada perlawanan yang tertunda lebih kurang 40 minit akibat hujan lebat itu, Selangor terlebih dahulu membuka jaringan menerusi tandukan Hyuri Henrique pada minit ke-18, namun skuad The City Boys berjaya bangkit menyamakan kedudukan menerusi percubaan jarak jauh Zhafri Yahya selang seminit kemudian.

Skuad Gergasi Merah sekali lagi mendahului menerusi sepakan penalti Herlison Caion pada minit ke-27, apabila penyerang import dari Brazil itu dijatuhkan dalam kotak penalti oleh D Kenny Pallraj.

Bagaimanapun, keriangan itu tidak bertahan lama apabila KL City sekali lagi menyamakan kedudukan menerusi Muhammad Hadin Azman yang menanduk masuk hantaran lintang Paulo Josue pada minit ke-32, sebelum rembatan dari luar kotak penalti Ryan Lambert pada minit ke-60 meletakan pasukan tuan rumah di hadapan.

Skuad kendalian Bojan Hodak terus ditimpa malang apabila pengadil perlawanan Fitri Maskon melayangkan kad merah kepada Giancarlo Gallifuoco pada minit ke-73 selepas menerima kad kuning kedua kerana mengasari pemain Selangor.

Selangor sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti apabila bola terkena tangan Muhammad Irfan Zakaria, menyaksikan Caion tampil menyempurnakan sepakan pada minit ke-78 menewaskan penjaga gol tuan rumah Kevin Ray Mendoza. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

4

Gaya 6 bulan yang lalu

Magika Studios Tarikan Eko-Pelancongan Dan Edutainment Baharu Di Selangor

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 8 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja