web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BATC 2022: Skuad Lelaki Negara Ke Final

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2022 9:07PM

Pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong ketika beraksi menentang pasukan dari Korea Selatan, Kim Joo Wan pada Kejohanan BATC 2022 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM -- Pasukan lelaki negara semakin hampir untuk bergelar juara Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 buat pertama kalinya, selepas menumpaskan Korea Selatan, 3-0 pada peringkat separuh akhir, di sini hari ini.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia selaku naib juara edisi 2020 yang merupakan pencapaian terbaik sejak kejohanan itu bermula pada 2016, berjaya menebus kekalahan skuad wanita pada pasukan yang sama, 0-3 awal hari ini.

Bagaimanapun, ia bukan permulaan yang baik bagi kem Malaysia apabila pemain perseorangan utama Korea Selatan Jeon Hyeok Jin yang menduduki rangking ke-2094 dunia, memberi tamparan hebat kepada juara All England dan pemain pilihan penonton, Lee Zii Jia pada set pertama.

Pemain nombor tujuh dunia itu, seakan hilang arah apabila gagal mengekang serangan Hyeok Jin dalam set pertama apabila tewas 13-21, namun pemain kelahiran Kedah itu bangkit untuk merampas set kedua 21-13 diikuti kemenangan 21-15 pada set penentuan, bagi memberi mata pertama kepada Malaysia.

Pasangan pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Woii Yik meneruskan momentum kemenangan dengan menampilkan permainan yang mantap ke atas Kmi Hwi Tae-Kim Jaehwan, 21-14 pada set pertama. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 11 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad