web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BATC 2022, Pasukan Wanita Negara Gagal Ke Final

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2022 2:30PM

Siti Nurshuhani Azman - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Skuad wanita negara terlepas peluang untuk mara ke akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 setelah tewas pada Korea Selatan 0-3, pada pusingan separuh akhir, di sini, hari ini.

Pasukan Malaysia yang diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan, gagal bermula dengan baik pada pertandingan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, apabila jaguh perseorangan wanita negara S.Kisona dikalahlah 16-21 oleh Sim Yujin dalam set pertama.

Meskipun mendahului enam mata iaitu pada kedudukan 10-6 pada set kedua, kesilapan demi kesilapan yang dilakukan Kisona membolehkan perseorangan Korea itu, yang juga pemain ranking ke-49 dunia, kembali menguasai permainan dan seterusnya memenangi set kedua 21-17 untuk menyumbang mata sulung kepada pasukannya.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Kisona, yang berada pada kedudukan ke-64 dunia, mengakui beliau kurang sabar dan gagal mengawal gementar, terutama pada set terakhir.

“Jika saya lebih sabar dan mengurangkan kesilapan pada set kedua, saya percaya saya boleh memenangi perlawanan,” katanya.

Dalam saingan kedua, beregu yang baru digandingkan Valeree Siow-Pearly Tan tidak dapat memenuhi ramalan apabila mudah ditundukkan 15-21, 14-21, dalam masa hanya 36 minit, oleh Baek Ha Na-Seong Seung Yeon, justeru membolehkan Korea Selatan meraih mata kedua mereka.

Menurut Pearly, permainan mereka yang tidak konsisten membuka ruang kepada beregu ke-14 dunia, Ha Na-Seung Yeon, untuk mengutip mata demi mata sepanjang perlawanan.

Menyedari Malaysia perlu mengejar setelah ketinggalan dua mata, perseorangan kedua Siti Nurshuhaini Azman yang dibebani tekanan, gagal mengembalikan peluang pasukan negara.

Setelah tewas 11-21 pada set pertama kepada Lee See Yeon, pemain berpotensi itu wajar dipuji apabila beliau menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk menguasai set kedua 21-15.

Bagaimanapun, Siti Nurshuhaini agak keletihan pada set penentuan yang menyaksikan See Yeon menundukkannya 21-13, sekali gus menamatkan kempen Malaysia dalam kejohanan kali ini dan membawa pasukan negaranya ke pusingan akhir untuk kali kedua sejak BATC dianjurkan pada 2016.

Siti Nurshuhaini yang kecewa kerana tidak dapat mencetuskan kebangkitan buat Malaysia, berkata beliau terlalu terburu-buru untuk memenangi set penentuan tersebut.

“Saya rasa dia (See Yeon) buat banyak kesilapan dalam set kedua sehingga saya boleh bangkit, namun dalam set ketiga, saya akui saya kurang fokus dan cepat nak matikan bola…saya kecewa tidak dapat bagi mata, tapi bangga dapat wakili Malaysia dalam BATC kali ini,” katanya.

Korea Selatan akan bertembung Indonesia pada perlawanan akhir yang dijadualkan pada 10 pagi esok.

Pasukan Indonesia diberi laluan percuma ke final setelah lawan mereka, Jepun, menarik diri pada saat-saat akhir. 

Sementara itu, Malaysia mencapai sasaran untuk mara ke separuh akhir pada kejohanan kali ini selepas muncul juara Kumpulan Y dan seterusnya melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Uber di Bangkok, Thailand, Mei ini.

Pasukan lelaki negara kini menjadi tumpuan setelah dijadualkan untuk bertemu Korea Selatan pada pusingan empat terbaik, 4 petang ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

BATC: Malaysia Layak Ke Suku Akhir

2

Sukan 4 tahun yang lalu

Kemenangan Ke Atas Kean Yew Penting Tingkatkan Keyakinan - Zii Jia

3

Selebriti 5 tahun yang lalu

Awas! Teguran Siti Untuk Sitizoners Palsu

4

Muzik 5 tahun yang lalu

‘Takhta Dunia’ Terakhir Sebelum Siti Bersalin Anak Kedua

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 6 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar