web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hoki: THT Juara Piala Sumbangsih 2022

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2022 8:36AM

Presiden KHM, Subahan Kamal menyampaikan piala kepada Pasukan THT selepas menewaskan TNB pada perlawanan Piala Sumbangsih Liga Hoki Malaysia 2022 di Stadium Hoki Bukit Jalil, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua jaringan penyerang sensasi Faizal Saari menjulang Pasukan Hoki Terengganu (THT) sebagai juara Piala Sumbangsih saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2022 selepas menewaskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 3-2 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, semalam.

Kemenangan dalam aksi pembuka tirai itu menyaksikan THT mengutip tiga mata pertama mereka sekali gus menjadi permulaan positif untuk memburu gelaran liga musim ini.

Faizal menjaringkan gol pertama pasukan selepas menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ketujuh sebelum menambah jaringan menerusi pukulan penalti pada minit ke-35, untuk meletakkan THT selesa di hadapan.

Muhammad Arif Syafie Ishak menambah derita TNB apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti lima minit kemudian untuk kedudukan 3-0.

Biarpun TNB bangkit pada minit ke-45 menerusi jaringan padang Muhammad Najib Abu Hassan dan Faiz Helmi merapatkan jurang menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-52, namun kedudukan 3-2 kekal hingga tamat perlawanan.

Sementara itu, jurulatih THT Roslan Jamaluddin teruja dengan semangat tinggi dipamerkan anak buahnya dalam usaha mencipta kejayaan bermakna malam ini.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemain kerana menunjukkan 100 peratus komitmen. Bagi saya piala hari ini amat bermakna dan kami juga dapat tiga mata bagi saingan  MHL tahun ini ,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

Dalam pada itu, skuad UiTM HA memulakan kempen dengan langkah kanan apabila melakar kemenangan 4-2 ke atas TNB Thunderbolts manakala Maybank berpesta gol selepas membelasah Nurinsafi Sporting 8-0. - Bernama 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 11 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 7 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad