web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MotoGP: Quartararo ‘Dikejar’ 2 Bekas Juara Dunia

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2022 3:20PM

Marquez ketika beraksi di sesi ujian pra musim di Litar Antarabangsa Sepang hari ini. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Pelumba Monster Energy Yamaha Fabio Quartararo perlu ‘lebih pantas’ jika tidak mahu takhta kejuaraan Kejohanan Dunia MotoGPnya, dirampas musim ini.

Ini kerana dua bekas juara dunia dari Sepanyol iaitu pelumba Repsol Honda Team Marc Marquez dan Joan Mir dari Team Suzuki Ecstar, kini berusaha untuk mengatasi pelumba Perancis itu bagi mendapatkan semula gelaran juara.

Meskipun tidak menyertai keseluruhan musim 2020 dan beberapa perlumbaan pertama pada kempen tahun lepas ekoran kecederaan parah pada tangan kanan akibat kemalangan, Marquez berkata beliau tidak sabar untuk memulakan misinya bagi meraih kejuaraan MotoGP ketujuh.

“Ya, sememangnya itu (kejuaraan ketujuh) adalah salah satu sasaran tahun ini ... 2021 adalah musim yang pelik bagi saya, kerana saya bermula lewat akibat kecederaan, tetapi tahun ini saya akan bermula dari perlumbaan pertama dan saya harap dapat serasi dengan jentera yang digunakan dan memberikan saingan dalam kejuaraan ini,” katanya kepada Bernama dan Radio Televisyen Malaysia dalam satu temu ramah eksklusif di sini.

Sementara itu, Marquez yang menamatkan saingan pada tempat ketujuh musim lepas, berkata persiapan untuk Ujian Musim Sejuk 2022 yang bermula hari ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), sukar baginya kerana dia baru sahaja disahkan layak untuk berlumba di litar, di sini.

Bagaimanapun beliau berharap dapat memanfaatkan ujian pra musim di sini dan sesi latihan seterusnya, bagi menyiapkan diri untuk perlumbaan pertama musim ini di Litar Antarabangsa Losail, Doha, Qatar pada 4-6 Mac.

Sebelum ini, pelumba berusia 28 tahun itu tidak dibenarkan berlumba sejak Oktober, kerana mengalami masalah penglihatan berganda akibat kerosakan saraf mata, selepas kemalangan ketika latihan.

Ia adalah kecederaan sama yang dialaminya dalam kemalangan semasa perlumbaan Moto2 pada 2011 di SIC.

Dalam pada itu, Mir, yang merangkul kejuaraan pada 2020, berkata beliau perlu bekerja lebih keras untuk mengulangi pencapaian itu, setelah hanya meraih tempat ketiga musim lepas.

“Bagi musim ini matlamat saya masih sama iaitu menjadi juara dunia sekali lagi.

“Saya juga percaya bahawa dengan kerja berpasukan yang baik, kami mampu memberikan saingan lebih sengit untuk menguasai kedudukan teratas,” katanya.

Ujian Musim Sejuk 2022 di SIC, berakhir esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Keputusan MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia 2023

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Rapid KL Sedia Bas Khas Pada 10 Hingga 12 November Sempena MotoGP

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Kasma Kembali Ke Moto2 Sebagai Penunggang Gantian

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Tiket MotoGP: KBS Komited Perjuang Pengurangan Cukai Hiburan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad