web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Persaingan Selangor-KL Kembali Panas

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2022 8:59AM

B. Sathianathan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hari Wilayah Persekutuan tahun ini amat bersejarah kerana ia menandakan 50 tahun sejak Kuala Lumpur diberi status bandar raya secara rasmi. Dua tahun kemudian dari tarikh berkenaan, Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pertama di Malaysia.

Seiring dengan perubahan masa, perbezaan antara Selangor dan bekas ibu kotanya semakin meningkat, dengan perbezaan tahap pertumbuhan ekonomi dan pembangunan fizikal.

Perbezaan paling mendebarkan dan dinanti-nantikan, yang akan dihidupkan semula tidak lama lagi ialah 'Derby' Lembah Klang, saingan bola sepak antara Selangor FC dan KL City FC.

Mungkin geografi adalah faktor utama di sebalik saingan sengit antara kedua-dua pasukan ini memandangkan Kuala Lumpur adalah kawasan yang terletak di tengah-tengah Selangor dan merupakan bekas ibu negerinya sehingga 1 Februari 1974.

Persaingan bermula pada tahun 80-an selepas KL (sebelum ini dikenali sebagai Kuala Lumpur FA) dinaikkan semula ke liga teratas selepas beberapa tahun berada di divisyen kedua.

Legenda bola sepak negara, Datuk Santokh Singh, yang bermain untuk Selangor mengimbas semula perlawanan sengit dalam tempoh itu.

''Setiap kali kami bermain dengan pasukan KL, kami tidak mahu kalah, ia agak sukar.

''Ada masa anda boleh menang dan ada masa anda kalah,'' kataya kepada The Vibes.

KL City tidak menyertai Liga Super selama beberapa tahun namun setelah muncul semula, pasukan itu telah memenangi Piala Malaysia pada tahun lepas.

Sebagai bekas pemain Red Giants, Santokh berkata Selangor perlu bekerja keras jika mahu menghalang jiran mereka.

''Dalam masa beberapa tahun, Selangor FC tidak merekodkan banyak kemenangan dan bermain biasa-biasa dalam kejohanan. Mereka mesti beraksi semula,'' katanya.

Beliau juga menambah saingan utama lain pada masa itu ialah jiran seberang tambak, Singapura.

''Saingan kami dengan mereka sentiasa sengit.

"Kami tidak mahu Singapura menang sebarang perlawanan, kami sentiasa mahu mengalahkan mereka, ia seperti pertembungan antara sempadan," katanya

Persaingan antara Selangor dan Singapura, yang dikenali sebagai El Clasico Malaya, bermula pada awal 1920-an dan berterusan sehingga 1990-an.

Turut memberikan pandangan mengenai perkara ini adalah bekas ketua jurulatih Selangor FC, B. Sathianathan.

''Pada penghujung 90-an, KL adalah pasukan yang kuat. Malah mereka diumpamakan sebagai Manchester United atau Liverpool di Malaysia disebabkan pasukan itu menguasai banyak kejohanan dan memiliki semua pemain terkemuka di Malaysia.

''Dan kemudian mereka pudar. Mereka masuk ke bahagian kedua, dinaikkan pangkat, kemudian diturunkan semula. Mereka juga mempunyai tugas yang sukar di divisyen ketiga.

''Tetapi sekarang mereka telah diswastakan, dengan jurulatih baharu dan CEO baharu, keadaan telah berubah. Ia semakin baik dan mereka boleh mengharapkan lebih banyak pencapaian.

''Pada masa ini, bagaimanapun, satu pasukan yang perlu ditewaskan di Malaysia, tidak lain dan tidak bukan adalah Johor Darul Ta’zim FC (JDT). Mereka sangat konsisten dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

''Nampaknya ia akan menjadi pertarungan sengit antara KL dan Selangor, dan kita berharap Selangor dapat menjadikan ia sukar untuk mereka,” kata jurulatih Selangor FC 2019-2020 itu.

Kini dengan Selangor FC bekerja kuat untuk menahan kekuatan JDT, adakah kita akan melihat KL City FC mengembalikan kegemilangan dan mengurangkan kemaraan  'merah dan kuning' Selangor? - The Vibes, 1 Februari 2022.

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad