web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bapa Azizulhasni Meninggal Dunia

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2022 12:27PM

Mohamad Azizulhasni bergambar kenangan bersama bapanya, Allahyarham Awang Embong.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DUNGUN - Bapa jaguh berbasikal negara, Datuk Mohamad Azizulhasni Awang meninggal dunia akibat strok di kediamannya dekat Kampung Nibong Stesen di sini, awal pagi tadi.

Abang ipar Azizulhasni, Mohd. Razman Mohamad berkata, bapa mentuanya Allahyarham Awang@Muda Embong, 73,  dimasukkan ke hospital swasta empat hari lalu selepas mengalami gangguan pernafasan.

“Namun, kesihatan ayah kembali stabil dan dibenarkan pulang petang semalam. Ayah nampak sihat dan boleh tersenyum, kami tidak sangka akhirnya ayah pergi buat selamanya,” katanya kepada media.

Mohd. Razman berkata, jenazah bapa mentuanya akan dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya.

Ujarnya, Azizulhasni yang kini berada di Melbourne, Australia sempat pulang bertemu dengan Allahyarham, awal Januari lalu.

"Dia juga ada menghubungi keluarga selepas dimaklumkan tentang pemergian Allahyarham," katanya.

Terdahulu, Azizulhasni yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman memuat naik perkhabaran pemergian bapanya di laman Instagram kira-kira sejam lalu.

Sebelum ini pelumba berusia 34 tahun itu pernah menceritakan bapanya pernah diserang strok ketika dia bertanding dalam temasya Olimpik Tokyo 2020. - Getaran, 31 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 16 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan