web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dakwaan Rogol, Mason Greenwood Ditangkap

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2022 9:38AM

Mason Greenwood - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Polis Manchester memaklumkan telah menahan seorang lelaki kerana disyaki merogol dan menyerang, pada Ahad, selepas Manchester United menggantung penyerang England, Mason Greenwood susulan dakwaan berkenaan di media sosial.

''Polis Greater Manchester telah dimaklumkan awal hari ini (Ahad, 30 Januari) mengenai imej dan video di media sosial yang disiarkan oleh seorang wanita yang melaporkan insiden keganasan fizikal,'' kata polis dalam satu kenyataan.

''Siasatan telah dijalankan dan susulan itu, kami mengesahkan seorang lelaki berusia 20-an telah ditangkap kerana disyaki menyerang dan merogol.

''Dia ditahan untuk siasatan. Siasatan sedang berjalan.''

Di bawah undang-undang England, mangsa bagi kesalahan seksual tidak boleh dinamakan.

Gambar dan tuduhan tersebut dilaporkan dimuatnaik oleh seorang wanita di Instagram pagi Ahad dan kemudiannya dikongsi secara meluas. Bagaimanapun ia telah dipadamkan.

Pada tengahari, United mengumumkan bahawa Greenwood, 20, telah digantung daripada latihan atau bermain untuk Liga Perdana.

"Mason Greenwood tidak akan kembali untuk latihan atau bermain sehingga dimaklumkan,'' kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataan awal, United memberitahu kelab itu bahawa mereka menyedari mengenai dakwaan dan imej di media sosial, sambil menambah:

"Manchester United tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk keganasan.''

Greenwood, bagaimanapun masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Pada September 2020, pemain tengah Greenwood dan Manchester City, Phil Foden telah dihantar pulang dari skuad England di Iceland selepas melanggar garis panduan pasukan berhubung coronavirus.

Dakwaan rogol itu berlaku dua minggu selepas perbicaraan diadakan melibatkan lagenda Manchester United, Ryan Giggs, atas tuduhan menyerang bekas teman wanita dan adik wanita berkenaan di mahkamah. 

Giggs, 47,  telah bercuti daripada peranannya sebagai pengurus Wales sejak November 2020 selepas dia ditangkap.

Dia didakwa melakukan kekerasan ke atas bekas teman wanitanya Kate Greville antara Ogos 2017 adan November 2020.

Giggs bagaimanapun menafikan tuduhan itu dan mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan. - AFP

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 7 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad