web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Chelsea Ketepikan Spurs, Liverpool Rapatkan Jurang Kepada Man City

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2022 8:56AM

Fabinho melompat kegembiraan meraikan gol ketiga Liverpool. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Chelsea mengukuhkan kedudukan mereka di posisi empat teratas dalam Liga Perdana Inggeris selepas menundukkan Tottenham 2-0, Liverpool juga merapatkan jurang kepada pendahulu liga Manchester City kepada sembilan mata selepas menang 3-1 ke atas Crystal Palace.

Kekalahan ketiga kepada Chelsea dalam sebulan menyebabkan Spurs gagal memecah masuk ke posisi empat teratas liga.

Daripada tujuh perlawanan liga sebelum ini Chelsea hanya menang satu permainan dan tercicir dari saingan kejuaraan liga.

Chelsea membuka jurang 10 mata kepada pasukan yang lain dalam perebutan posisi empat teratas di bantu oleh dua gol dalam lapan minit di awal babak kedua.

Sebelum babak pertama tamat, Spurs berjaya menjaringkan gol tetapi dibatalkan VAR selepas Harry Kane didapati menolak Thiago Silva.

Hakim Ziyech membuka jaringan dengan rembatan padu pada minit ke-47.

Silva kemudian menanduk masuk sepakan percuma Mason Mount untuk melengkapkan jaringan buat Chelsea.

Pasukan kendalian Jurgen Klopp, Liverpool, mencerahkan harapan mereka untuk bersaing untuk kejuaraan liga selepas menundukkan Palace di Selhurst Park.

Pasukan pelawat mendominasi perlawanan dalam 30 minit pertama perlawanan tetapi terpaksa bergelut untuk memastikan tiga mata milik mereka di babak kedua permainan.

Virgil van Dijk menanduk hantaran Andy Roberson untuk membuka jaringan di minit kelapan permainan.

Robertson sekali lagi mencipta peluang, kali ini buat Alex Oxlade-Chamberlain untuk menggandakan kelebihan Liverpool.

Liverpool terpaksa bergantung kepada Alisson Becker untuk memastikan kemenangan selepas menepis percubaan Michael Olise, Jean-Philippe Mateta dan Odsonne Edouard.

Bagaimanapun gawang Liverpool bolos juga dengan Edouard menjaringkan gol sulung Palace.

Alisson sekali lagi bertindak cemerlang selepas menepis cubaan Olise pula.

Liverpool kemudian dikurniakan sepakan penalti selepas VAR membuat keputusan penjaga gol Palace Vicente Guaita menghalang Diogo Jota.

Fabinho menyempurnakan penalti itu untuk memastikan kemenangan milik Liverpool. - AFP

Keputusan lain:

Arsenal 0 Burnley 0

Leicester 1 Brighton 1

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

Kisah Anak Gen-X: Selamat Tinggal, Jurgen Klopp!

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Liverpool Serbu Padang Nak Jumpa Mo Salah

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Penjaga Gol Chelsea Kepa Arrizabalaga Sah Dipinjamkan ke Real Madrid

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Liverpool Akan Bangkit Semula - Hyypia

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 15 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad