web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pan Gon Mampu Wujudkan 'Resepi' Terbaik Buat Harimau Malaya

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2022 7:40AM

Kim Pan Gon - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelantikan Kim Pan Gon sebagai jurulatih baharu skuad kebangsaan diyakini adalah langkah tepat dalam usaha meningkatkan prestasi Harimau Malaya.

Penulis sukan terkemuka negara, Haresh Deol berkata, pemilihan bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan Hong Kong itu dilihat mampu menyediakan resepi sesuai buat pasukan bola sepak negara.

“Beliau (Pan Gon) perlu diberi peluang dan ruang menjalankan tugasnya  sebagai jurulatih tanpa sebarang gangguan dari mana-mana pihak. Biar beliau buktikan sesuatu, jangan lantik dia tapi ada individu lain pula yang memberi arahan.

“Pelantikan ini mungkin ada peningkatan dari segi taktik berdasarkan pengalamannya, namun kita tidak boleh terlalu berharap kerana perlu melihat keserasian pemain bersama jurulatih terlebih dahulu,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Haresh Deol
Haresh Deol

Terdahulu, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengumumkan Pan Gon sebagai pengendali baharu skuad kebangsaan.

Beliau menjelaskan, pemilihan jurulatih dari Korea Selatan itu dibuat selepas melakukan penilaian rapi terutama apabila badan induk itu menerima banyak permohonan untuk mengisi jawatan berkenaan dari seluruh dunia.

Katanya, jurulatih berusia 52 tahun itu diberikan kontrak dua tahun, yang akan disambung lagi sekiranya berjaya meningkatkan persembahan skuad Harimau Malaya atau memuaskan hati FAM dengan prestasi memberangsangkan.

Ditanya mengenai dakwaan berlakunya amalan berpuak-puak hingga menyebabkan pasukan kebangsaan tidak harmoni, Haresh mengakui amat kecewa dengan tindakan yang dilakukan barisan pemain itu.

Bagaimanapun beliau berkata, dakwaan tersebut perlu dikaji bagi memberi keadilan kepada kepada pasukan Harimau Malaya. 

“Kenapa perlu adanya puak-puak dan apa bezanya pemain tempatan dan naturalisasi. Hanya kerana tak faham Bahasa Malaysia terus jadi berpuak. Ini satu tindakan bodoh.

“Seharusnya, pemain lebih profesional dengan rakan sekerja dan bukan lakukan tindakan ada puak-puak. Saya terkilan perkara ini terjadi. Isu ini perlu diteliti dan diselesaikan,'' katanya.

Kelmarin, Badan Siasatan Bebas mendedahkan sikap berpuak-puak diamalkan barisan pemain Harimau Malaya hingga menyebabkan pasukan kebangsaan tidak harmoni dan membawa kepada kegagalan pasukan kebangsaan sepanjang beraksi pada kejohanan Piala AFF 202 di Singapura, dua bulan lalu.

Pengerusi Badan Siasatan Bebas, Datuk Dell Akbar Khan berkata, terdapat tiga 'puak' dalam skuad kebangsaan iaitu kumpulan pemain tempatan, kacukan dan naturalisasi.

Beliau berkata, siasatan terhadap pemain mendapati terdapat suasana kurang harmoni ketika berada di Singapura, sekali gus menjejaskan persefahaman antara mereka ketika beraksi dalam pasukan.

Selain itu, Dell berkata, terdapat banyak kekurangan timbul sejak dari awal pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe itu melakukan persiapan untuk menghadapi Piala AFF 2020, yang pada awalnya meletakkan sasaran untul muncul sebagai juara. – Getaran, 22 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi