web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sukma 2020 Kuala Lumpur: 240 Atlet Johor Tarik Diri

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2022 2:28PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kira-kira 240 atlet Johor terpaksa menarik diri daripada mewakili kontinjen negeri ini pada Sukan Malaysia (Sukma) 2020 Kuala Lumpur yang dijangka berlangsung tahun ini, disebabkan faktor usia, melanjutkan pengajian atau atas alasan kerja.

Pegawai Belia dan Sukan Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ),  Mohammad Syafiq Hassan bagaimanapun menjelaskan tempat atlet berkenaan telah diganti oleh atlet lain menerusi program-program pembangunan Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ).

“Saya rasa bukan Johor sahaja, banyak negeri lagi.. di Johor hampir 40 peratus daripada 600 atlet sudah menarik diri daripada program sukan. Faktor pelajaran, umur, dan mereka memikirkan soal masa depan seperti bekerja (antara faktor tarik diri).

“Kita tidak boleh halang dari segi masa depan mereka,” katanya ketika ditemui selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Majlis Kriket Johor (JCC) dan Universiti Tunku Abdul Rahman, di sini hari ini.

Mohammad Syafiq berkata Sukma 2020 Kuala Lumpur diharap dapat menjadi platform untuk menguji pasukan dan atlet Johor dalam persediaan untuk menjadi tuan rumah temasya berkenaan pada 2024.

“Kita harap dengan adanya atlet-atlet di peringkat pembangunan yang kita sediakan untuk Sukma 2020, mereka dapat menggalas tanggungjawab (pada Sukma 2024),” katanya.

Beliau pada masa sama memaklumkan kontinjen Johor sentiasa bersedia untuk menghadapi Sukma 2020 Kuala Lumpur memandangkan sesi latihan atlet dilakukan secara berterusan.

Oktober lepas Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri, Ahmad Faizal Azumu berkata Jawatankuasa Tertinggi Sukma bersetuju menangguhkan temasya sukan Sukma Johor hingga ke tahun 2024, di samping bersetuju supaya Majlis Sukan Negara menganjurkan Sukma dan Para Sukma 2020 di Kuala Lumpur tahun ini. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 17 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 21 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad