web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Syahmi Safari Sah Milik JDT

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2022 5:28PM

Syahmi akan beraksi dengan JDT buat musim hadapan. - Gambar dari Twitter JDT

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas pemain pertahanan kanan Selangor FC Muhammad Syahmi Safari kini secara rasmi menjadi pemain terbaharu juara Liga Super 2021, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Muhammad Syahmi mengakui sukar untuk mengatakan tidak mengenai lamaran daripada JDT yang disifatkannya kelab terbesar di Malaysia ketika ini.

“Terdapat hanya satu destinasi dalam bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim, dan saya kini berada di sini.

“Ini adalah cabaran, cabaran untuk saya melangkah ke depan dan mencapai kejayaan sebagai pemain bola sepak,” katanya dalam video berdurasi satu minit yang dimuat naik menerusi laman Instagram rasmi JDT hari ini.

“Welcome to the Home of Champions! #NewSigning #WhereChampionsAreMade #LuaskanKuasamuJohor,” menurut hantaran akaun ‘officialjohor’ itu.

Dalam video itu, beliau yang kelihatan segak mengenakan set lengkap sut hitam sebelum meninjau Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, turut menayangkan nombor jersinya iaitu 91.

Pemain berusia 23 tahun itu sebelum ini pernah membuat penampilan bersama skuad Harimau Malaya pada Piala AFF 2020 di Singapura, bulan lepas.

Walaupun sering beraksi di posisi pertahanan kanan, pemain kelahiran Kuala Selangor itu terus menjadi pilihan bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe untuk beraksi di sebelah kiri susulan ketiadaan La’Vere Corbin-Ong yang menjadi pemain kerap menggalas tanggungjawab di posisi tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Walaupun Tak Beraksi, Faisal Halim Peroleh Semangat Baharu

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 7 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad