web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pesuruhjaya Sukan Perlu Beri Maklum Balas Kemelut PAFA

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2022 8:27AM

Mohd Azhar Jamaluddin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Pesuruhjaya Sukan (PJS) perlu memberi maklum balas segera berhubung notis aduan rasmi yang dihantar ahli-ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) pada 9 Disember lepas bagi menyelesaikan kemelut melanda badan induk bola sepak negeri ini.

Presiden PAFA, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata ini kerana ia dapat meleraikan segala kekusutan yang wujud sekali gus memberikan pengesahan mengenai pihak yang mempunyai hak untuk menerajui PAFA.

“Desakan bagi mendapatkan maklum balas segera daripada pihak PJS ini disebabkan oleh rasa kasih dan sayang kami yang amat menebal kepada PAFA dan sukan bola sepak Perak khasnya. Kami tidak mahu isu-isu yang berlaku ketika ini akan menjadi punca kehancuran bola sepak Perak. 

''Kami juga khuatir sekiranya kelewatan maklum balas ini adalah disebabkan oleh wujudnya tekanan daripada pihak-pihak tertentu, namun kami yakin pihak PJS adalah sebuah badan kerajaan yang mempunyai tahap kredibiliti serta integriti yang amat tinggi," katanya dalam kenyataan semalam.

Pada 24 Disember lepas, Pesuruhjaya Sukan Ibrahim Mohd Yusof dalam satu laporan media memaklumkan pihaknya tidak membuat sebarang kenyataan dalam menentusah atau mengiktiraf mana-mana pihak dalam menerajui PAFA.

Malah, PJS dalam kenyataan itu memaklumkan mereka masih belum menerima sebarang laporan mengenai Kongres Luar Biasa (EGM) 14 ahli gabungan PAFA pada 19 Disember lepas.

Mengulas lanjut, Mohd Azhar berkata pihaknya juga menghantar permohonan Perintah Larangan terhadap PAFA  kepada PJS pada 27 Disember lalu bagi memastikan tiada mana-mana pihak diberi kebenaran membuat sebarang keputusan atau tindakan berkenaan PAFA sehinggalah proses siasatan selesai dan keputusan PJS mengenai pihak yang sah untuk menerajui PAFA diterima.

Selain itu, katanya tindakan 14 daripada 18 Ahli Gabungan PAFA  mengadakan Kongres Luar Biasa PAFA bertujuan mengelak risiko salah guna kuasa dan sebagainya termasuk mengelak campur tangan pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata pihaknya juga tidak mahu apa yang berlaku ketika ini akan meletakkan PAFA dalam keadaan lebih berisiko sehingga mengakibatkan badan induk itu dikenakan tindakan lebih drastik seperti penggantungan atau pembatalan pertubuhan.

“Kami hanya ingin membawa PAFA kembali semula ke haluan yang betul dan bersama-sama ahli-ahli gabungan untuk melaksanakan program dan aktiviti bola sepak sepertimana digariskan oleh Perlembagaan PAFA," katanya. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 12 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek