web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


STL: PSM Pertimbang Jemput Pasukan Luar

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2022 8:05AM

Antara aksi pada Perlawanan Piala Sumbangsih antara Kuala Lumpur Thunder dan Bomba Fighters pada Liga Sepak Takraw (STL) 2022 di Stadium Titiwangsa, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) mempertimbang untuk menjemput pasukan dari luar negara untuk merancakkan saingan Kejohanan Piala Juara-Juara Liga Sepak Takraw Malaysia (STL) 2021/2022 di Johor Bahru pada Mac ini.

Pemangku Presiden PSM, Datuk Akramuddin Abdul Aziz Safiat berharap dapat memancing pasukan luar negara yang memiliki tahap permainan setanding pasukan tempatan bagi memeriahkan saingan yang dijangka bermula 20 hingga 26 Mac sebaik sahaja kempen Liga Perdana dan Divisyen 1 STL melabuhkan tirainya.

Beliau juga percaya Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) akan ‘merestui’ hajat PSM untuk membawa pasukan luar bertanding dalam kejohanan itu selepas isu larangan pemain import beraksi pada saingan STL musim ini selesai.

“Kita dah lihat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mempunyai keakraban yang begitu baik dengan Presiden ASTAF Datuk Abdul Halim Kader, jadi tiada masalah bagi pihak penganjur untuk membawa pasukan dari negara luar sertai kejohanan ini,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran STL 2021/2022 semalam.

Turut hadir Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

Pada Rabu lepas, ASTAF memberi lampu hijau kepada pasukan yang bertanding dalam STL musim ini untuk menggunakan khidmat pemain import selepas badan induk sukan itu mengeluarkan amaran mana-mana pemain import boleh dikenakan tindakan sekiranya beraksi dalam saingan tersebut apabila PSM bukan lagi ahli gabungan mereka.

Mohamad Norza pula berterima kasih kepada ASTAF kerana memberi laluan untuk pasukan yang bertanding dalam STL membenarkan pemain import beraksi selain menjelaskan hubungan baik MOM dengan mereka telah membantu menyelesaikan kemelut dihadapi PSM dan penganjur berhubung isu itu sebelum ini.

Setiausaha Agung PSM, Datuk Abidullah Salleh, ketika ditemui pemberita, memaklumkan tiga bekas ahli gabungan persatuan iaitu Selangor, Putrajaya dan Sarawak boleh memohon untuk kembali bersama PSM selepas Mesyuarat Agung Tahunan berlangsung pada 12 Februari depan.

“Saya percaya pucuk pimpinan baharu PSM serta Ahli Majlis Tertinggi akan mempertimbang permohonan Selangor, Putrajaya dan Sarawak sekiranya mereka berminat untuk kembali ke pangkuan kita,” katanya.

Kemelut PSM bermula pada Mei lepas apabila ASTAF menyingkirkan persatuan itu manakala bekas Presidennya Datuk Seri Ahmad Ismail digantung selama 17 tahun susulan tindakan beliau menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) dan salinannya kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden ASTAF.

Keputusan itu menyaksikan 11 ahli gabungan, yang dikenali sebagai G11, mengumumkan keluar daripada PSM namun majoriti kembali menyertai persatuan tersebut manakala bakinya dilaporkan sedang berusaha mewujudkan Persekutuan Sepak Takraw Malaysia. 

Pada Oktober lepas, lapan negeri iaitu Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah membuat keputusan untuk kembali ke pangkuan PSM. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 10 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad