web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


O’Donell Cadang FAM Lantik Jurulatih Asing Bimbing Harimau Malaya

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2022 7:53AM

O’Donell berkata pelantikan jurulatih asing perlu untuk kebaikan jangka masa panjang bola sepak negara. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengarah Teknikal baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Scott O’Donell mencadangkan agar jurulatih asing dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya.

O’Donell, 54, yang baharu memulakan tugasnya dengan kontrak selama tiga tahun semalam menganggap tindakan itu perlu untuk kebaikan jangka masa panjang bola sepak negara.

“Saya melihat bahawa skuad Harimau Malaya selepas ini perlu dibimbing oleh jurulatih asing bagi mengubah landskap dan masa depan bola sepak Malaysia ke satu dimensi baharu, bukan hanya untuk jangka masa pendek tetapi jangka masa panjang,” katanya menerusi kenyataan daripada FAM.

FAM dijangka membincangkan mengenai perkara itu dalam masa terdekat, dengan Ketua Jurulatih Skuad Bawah-22 tahun negara Brad Maloney dan Bojan Hodak yang membantu Kuala Lumpur (KL) City FC menjuarai Piala Malaysia 2021, dikaitkan dengan jawatan itu.

Ini selepas FAM mengumumkan peletakan jawatan Tan Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan pada Isnin lepas.

Cheng Hoe mengambil tanggungjawab ke atas kegagalan skuad Harimau Malaya mara ke peringkat separuh akhir Piala AFF 2020, bulan lepas.

Sementara itu, O’Donell juga mahu meneruskan kesinambungan dan memperkasakan lagi F:30 yang telah dilancarkan pada 31 Oktober 2018, yang merupakan peta hala tuju FAM bagi tempoh 12 tahun.

“F:30 ialah pelan strategi untuk 2019 hingga 2030, namun pandemik COVID-19 telah menjejaskan perancangan ini. Peta hala tuju ini sememangnya pelan yang bagus tetapi ia boleh dikembangkan mengikut  peredaran dan kesesuaian masa.

“Tidak semestinya ia hanya tertumpu kepada apa yang kita ingin capai dalam membangunkan bola sepak negara, iaitu pasukan kebangsaan yang berprofil tinggi, tetapi ia juga meliputi pembangunan akar umbi, belia, pendidikan jurulatih, bola sepak wanita, futsal dan bola sepak pantai, yang mana kesemua itu juga penting,” kata O’Donell.

O’Donell mempunyai pengalaman luas apabila memegang peranan sebagai Pengajar Jurulatih / Pakar /Mentor Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sejak 2009 dengan fokus utamanya kepada pembangunan belia, pembangunan jurulatih, pengarah teknikal dan pementoran serta Pengajar Jurulatih Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) iaitu sebagai pengajar bagi Lesen Pro, A, B dan C.

Bekas tonggak pertahanan Kuala Lumpur pada 1994-1995 itu juga, pernah menggalas tanggungjawab selaku Jurulatih Geylang United (2003-2005) di Singapura, Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan Kemboja sebanyak dua kali, iaitu pada 2005-2007 dan 2009-2010, sebelum menjadi Pengarah Teknikal Persekutuan Bolasepak Seluruh India (AIFF) pada 2015-2017. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Daki 3 Anak Tangga Ranking FIFA

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Tekanan Lebih Daripada Jangkaan - Pan Gon

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 23 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad