web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Legenda Bola Sepak Malaysia M Kuppan Meninggal Dunia

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2021 10:04PM

M Kuppan - Gambar dari Twitter Yakeb

oleh

T. Vignesh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Legenda bola sepak negara Datuk M Kuppan meninggal dunia hari ini di rumahnya di Bandar Sri Damansara kerana sakit tua pada usia 85 tahun.

Dikenali sebagai seorang yang lembut percakapan dan juga seorang yang tegas, Kuppan melatih pemain seperti Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari, Allahyarham Isa Bakar, Datuk James Wong, Datuk Namat Abdullah, dan Datuk Soh Chin Aun.

Beliau membawa mereka menjuarai Pestabola Merdeka 1976 dan Sukan SEA Kuala Lumpur 1977.

Beliau muncul di arena bola sepak negara pada era 50-an, Kuppan menjulang Piala Malaysia bersama Pulau Pinang dalam musim pertamanya dan dipanggil mewakili pasukan kebangsaan.

Beliau berjaya merangkul Piala Merdeka bersama Harimau Malaya.

Kuppan menyarung jersi kebangsaan selama lapan tahun sehingga 1965 dan bermain selama 10 tahun bersama Pulau Pinang, negeri kelahirannya, sebelum kecederaan memaksa dirinya untuk bersara pada 1967. Beliau kemudian menjadi seorang pengurus.

Sebagai pengurus Pulau Pinang daripada 1972 hingga 1974, beliau berjaya memenangi kejuaraan Piala Malaysia keempat negeri itu.

Ini adalah kali terakhir negeri Pulau Mutiara berjaya menjulang piala itu sehingga hari ini.

James Wong memberitahu The Vibes beliau sedih mendengar berita pemergian ikon bola sepak negara itu, menambah yang Kuppan seorang baik hati dan berbudi bicara.

“Beliau seorang pengurus yang bagus. Kita kehilangan seorang yang baik hati dan pengurus yang baik. Takziah saya ucapkan kepada keluarganya,” kata James Wong.

Chin Aun berkata yang Kuppan adalah seorang sahabat dan pemain pada era 60-an dan 70-an amat menyukainya.

“Dia suka berjenaka dan kami sukakannya. Saya amat sedih mendengar berita ini dan mengucapkan takziah kepada keluarganya. Malaysia telah kehilangan seorang lagi legenda,” kata Chin Aun

Anak sulung Kuppan, Sunther, memberitahu The Vibes yang bapanya dimasukkan ke Hospital Selayang minggu lalu kerana masalah pernafasan dan telah dibenarkan pulang beberapa hari lalu.

“Kami akan membawanya ke Butterworth pada pukul 9 malam ini dan upacara pengebumian akan di adakan di sana esok.

“Kami belum pasti pukul berapa ia akan berlangsung, tetapi ia akan menjelang petang,” katanya. - The Vibes, 30 Disember 2021

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 25 minit yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad