web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kejohanan Dunia: Yew Sin-Ee Yi, Melangkah Ke Pusingan Ketiga

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2021 7:40AM

Gandingan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi berjaya melepasi halangan untuk ke pusingan ke-3 Kejohanan Badminton Dunia, di Sepanyol. - Gambar dari Facebook BAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gandingan profesional negara, Ong Yew Sin-Teoh Ee Yi yang mempamerkan aksi meyakinkan berjaya menempah slot ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia di Huelva, Sepanyol.

Pasangan negara yang mudah menamatkan set pertama dengan kemenangan 21-12, bagaimanapun hampir diheret ke set penentuan apabila ketinggalan di belakang lawan mereka dari Denmark Joel Eipe-Rasmus Kjaer 10-18 pada set kedua.

Pilihan kesembilan kejohanan itu bagaimanapun berjaya mengejar mata demi mata hingga menyamakan kedudukan pada 19-19 sebelum menokhtahkan kemenangan 21-19 dalam tempoh 39 minit perlawanan.

Yew Sin-Ee Yi yang kini menghuni ranking ke-12 dunia bakal berdepan pasangan kesembilan dunia dari India Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty yang mara selepas menewaskan wakil Taiwan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan 21-4, 21-12.

Turut melangkah ke pusingan ketiga adalah beregu campuran profesional negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang diletakkan sebagai pilihan kesembilan selepas tidak berdepan masalah mengenepikan cabaran India Saurabh Sharma-Anoushka Parikh 21-8, 21-18.

Namun, pasangan negara yang kini berada di ranking ke-11 itu mempunyai misi berat apabila dijadual bertemu pilihan ketiga dan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun.

Sementara itu, satu lagi kejayaan dilakar Malaysia dalam acara beregu lelaki menerusi gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani yang menewaskan Alexander Dunn-Adam Hall dari Scotland pada aksi pusingan kedua yang berlanjutan hingga set penentuan.

Selepas mudah mencatat kemenangan 21-14 di set pertama, rentak sama gagal diteruskan Sze Fei-Nur Izzuddin di set kedua selepas ketinggalan hampir sepanjang permainan sebelum akhirnya tewas 19-21.

Bagaimanapun, pasangan negara itu berjaya menebus kekecewaan tersebut dengan mempamerkan aksi bertenaga untuk menamatkan perlawanan yang memakan masa hampir satu jam dengan kemenangan 21-16.

Pada pusingan ketiga, Sze Fei-Nur Izzuddin akan membuat perhitungan menentang juara Olimpik 2020 Lee Yang-Wang Chi-lin dari Taiwan yang tewas mengejut di tangan mereka pada pusingan kedua Terbuka Indonesia 2021 di Bali bulan lepas. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad