web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


EPL: 42 Kes Positif COVID Dikesan Minggu Lepas

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2021 3:43PM

EPL telah meminta kelab-kelab kembali kepada langkah kecemasan seperti penjarakan sosial dan memakai pelitup muka. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Seramai 42 pemain dan staf Liga Perdana Inggeris (EPL) disahkan positif COVID-19 minggu lalu, yang paling ramai direkodkan dalam liga berkenaan dalam tempoh tujuh hari.

Ia merupakan angka tertinggi sejak 40 kes dilaporkan pada Januari.

Minggu itu, 2,295 ujian telah dijalankan, manakala 3,805 ujian dilakukan pada pusingan terbaharu dari 6 hingga 12 Disember lalu.

Brighton, Tottenham, Leicester, Manchester United, Aston Villa dan Norwich semuanya mengesahkan kes COVID-19, dengan perlawanan United di Brentford ditangguhkan.

Perlawanan pada Ahad, antara Brighton menentang Tottenham juga ditunda susulan penularan COVID-19 di Spurs.

Sebelum ini, ujian paling positif dalam tempoh seminggu ialah 16 dari 16 hingga 22 Ogos, selepas 3,060 ujian.

Laporan terbaru melibatkan 42 kes ini, adalah peningkatan kepada 30 kes daripada 12 kes positif yang direkodkan daripada 3,154 ujian, mulai 29 November hingga 5 Disember.

Pada Khamis, berikutan peraturan baru Coronavirus di England, EPL telah meminta kelab-kelab untuk kembali kepada langkah kecemasan termasuk penjarakan sosial dan memakai pelitup muka.

Malah EPL dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, kekerapan ujian PCR untuk pemain dan kakitangan akan ditingkat.

"Kami akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan kumpulan penyokong, sambil memberi maklum balas kepada sebarang perubahan,'' kata kenyataan itu. - BBC

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar