web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rangnick Bermula Dengan Langkah Kanan Bersama United

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2021 8:49AM

Fred meraikan jaringannya yang memberi kemenangan kepada United. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Ralf Rangnick memuji permainan Manchester United selepas menamatkan permainan pertamanya dengan kemenangan 1-0 menentang Crystal Palace.

Pengurus interim itu menamakan kesebelasan utama yang sama selepas United menumpaskan Arsenal 3-2 di bawah kendalian sementara Michael Carrick.

Pengurus interim dari Jerman itu menerima persembahan yang bertenaga daripada anak buahnya di babak pertama, meskipun permainan mereka sedikit menurun di babak kedua, Fred menghasilkan detik magis untuk membantu United menang.

Ini adalah kali pertama kelab ini tidak dibolosi selepas urutan persembahan yang buruk dibawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer, yang dipecat bulan lepas.

“Saya gembira dengan cara permainan pasukan ini, terutama sekali di 30 minit pertama, tekanan yang kami berikan sangat hebat.

“Cara kami bertahan juga sangat baik, kami mengawal seluruh permainan. Menghalang pasukan lawan menjaringkan gol juga amat penting.

“Ini adalah sesuatu yang perlu kami perbaiki. Kami perlukan menghalang lawan daripada menjaringkan gol dengan lebih kerap.

“Pasukan ini beraksi dengan lebih baik daripada yang saya jangkakan hanya selepas satu sesi latihan, saya sangat kagum dengan mereka,” kata Rangnick kepada BBC. - AFP

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad