web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Layak Ke Separuh Akhir Skuasy Berpasukan Asia 2021

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2021 8:32AM

Skuad lelaki negara berjaya menewaskan Hong Kong untuk mara ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2021 di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Skuad lelaki dan wanita negara meneruskan momentum kemenangan pada hari kedua apabila mengesahkan tempat ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2021 di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil di sini, semalam.

Skuad lelaki negara yang beraksi dua perlawanan dalam Kumpulan B, mengejutkan juara bertahan Hong Kong 2-1 dan sebelum itu menewaskan Iran 3-0 manakala saingan wanita pula menyaksikan skuad negara mengatasi India 2-1 dalam kumpulan sama.

Dalam saingan lelaki, pemain nombor ke-50 dunia, Ivan Yuen menyumbang mata pertama Malaysia menentang Hong Kong selepas ketinggalan set pertama 9-11 sebelum bangkit untuk menewaskan Henry Leung 11-6, 11-6 dan 11-8.

Bagaimanapun, Hong Kong menyamakan kedudukan menerusi Lau Tsz Kwan apabila mengalahkan pemain negara Adden Idrakie 11-9, 11-7 dan 11-8.

Pemain utama negara Ng Eain Yow mengesahkan kemenangan Malaysia selepas pemain nombor 18 dunia itu mengatasi cabaran sengit daripada Yip Tsz Fung dengan keputusan 13-11, 11-3 dan 12-10.

Selepas perlawanan itu, Eain Yow memberitahu Bernama bahawa beliau amat gembira dalam membantu Malaysia mengatasi Hong Kong dan menasihatkan rakan sepasukan bahawa saingan belum selesai apabila perlu mencapai kemenangan ke atas Sri Lanka pada perlawanan terakhir kumpulan untuk muncul juara kumpulan.

Dalam perlawanan menentang Iran, Adden hanya mengambil masa 19 minit untuk memberi mata pertama dengan mengalahkan Seyed Mohammadreza Ziyaekashani, 11-5, 11-4, 11-5.

Mohammad Syafiq menyumbang mata kedua negara dengan menewaskan Navid Maleksabet, 12-10, 11-5, 11-7 manakala Eain Yow menundukkan Alireza Shameli 11-3, 11-0, 11-4.

Sementara itu, dalam acara wanita, Malaysia selaku pasukan pilihan kedua, membuka kempen semalam dengan mengatasi Iran 3-0 dan mengatasi India 2-1.

Bagaimanapun, skuad wanita membuka tirai saingan dengan pemain berpengalaman negara Rachel Arnold kalah 2-3 kepada pemain nombor 12 dunia dari India Joshna Chinappa dengan keputusan 1-9, 8-11, 7-11 11-8 9-11.

Bagaimanapun kekalahan Rachel itu ditebus juara Terbuka Malaysia 2021, Aifa Azman apabila menyamakan kedudukan dengan menjinakkan Sunyana Kuruvilla 11-9, 11-4, 11-7 manakala Ainaa Amani memastikan kemenangan Malaysia dengan menewaskan Urwashi Joshi, 11-5, 11-9, 11-8.

Skuad wanita negara akan menlengkapkan perlawanan terakhir kumpulan B dengan menentang Filipina. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad