Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Piala Dunia Remaja: Malaysia Tewas Pada Perancis

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2021 8:31AM

Malaysia tewas kepada Perancis pada Piala Dunia Remaja di Stadium Kalinga di Bhubaneswar, India, malam tadi. - Gambar dari FIH

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Impian Malaysia untuk memperbaiki pencapaian terbaik tempat keempat pada Piala Dunia Remaja sebelum ini tidak kesampaian apabila skuad hoki negara tewas 0-4 kepada Perancis pada perlawanan suku akhir edisi 2021 di Stadium Kalinga di Bhubaneswar, India, malam tadi.

Kapten Perancis Timothee Clement menjadi pemusnah bagi anak buah Wallace Tan apabila meledakan hatrik menerusi pukulan sudut penalti masing-masing pada minit ke-14, 24 dan 60 untuk membawa pasukan ke separuh akhir buat kali kedua selepas muncul naib juara pada edisi 2013.

Skuad bimbingan Aymeric Bergamo itu menjaringkan satu lagi gol menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Mathis Clement pada minit ke-31.

Perancis akan berdepan dengan Argentina pada peringkat separuh akhir manakala Malaysia akan menentang Belanda bagi menentukan kedudukan kelima hingga kelapan, Jumaat ini.

Argentina, juara edisi 2005, melangkah ke separuh akhir dengan mengalahkan Belanda 2-1 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

“Ini merupakan salah satu proses pembelajaran kepada kita, selepas membuat persiapan dalam masa yang singkat berikutan pandemik COVID-19,” kata ketua pasukan Akhimullah Anuar Esook selepas perlawanan itu.

Malaysia memulakan kempen dalam Kumpulan A dengan menewaskan Chile 2-1 pada 24 November lalu sebelum terikat 1-1 dengan Belgium (26 (November) dan mengalahkan Afrika Selatan 4-3 pada 27 November.

Pencapaian terbaik Malaysia dalam Piala Dunia Remaja ialah dengan menduduki tempat keempat sebanyak tiga kali iaitu pada edisi sulung pada 1979, 1982 dan kali terakhir pada 2013. - Bernama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Penternak Ikan Air Tawar Berdepan Risiko Kerugian Akibat Cuaca Panas

Semasa 4 jam yang lalu

Hampir 10,000 Sertai Majlis Iftar Madani Bersama PM

Sukan 1 hari yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Semasa 1 hari yang lalu

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok