Berita Terkini

3 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Hodak Sifatkan Final Menentang JDT, Tugas Getir Sepanjang Karier

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2021 8:07AM

Bojan Hodak memeluk pemain KL City, Zhafri Yahya selepas KL City menjuarai Piala Malaysia 2021 dengan menewaskan JDT 2-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Jurulatih Kuala Lumpur (KL) City FC, Bojan Hodak menyifatkan aksi final Piala Malaysia 2021 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah tugas paling getir sepanjang kariernya dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M).

Pengendali berasal dari Crotia itu berkata ia disebabkan skuad kendaliannya hanya mempunyai dua pemain kebangsaan, Kenny Pallraj dan Muhammad Akram Mahinan, tidak seperti ketika beliau membimbing pasukan Kelantan menjuarai final pada 2012 dan membawa JDT ke pentas final edisi 2014.

Namun, Hodak, 50, berkata semangat kekeluargaan yang tinggi dalam kalangan pemain KL City FC menjadi antara kunci kejayaan pasukan menampilkan prestasi cemerlang sepanjang kempen Piala Malaysia hingga dinobatkan sebagai juara dengan menumpaskan JDT 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.

“Sebenarnya kami ada dua pemain kebangsaan tetapi ini adalah pasukan yang bekerja keras dan daripada semua pasukan yang saya bimbing dalam kerjaya saya, kami (KL City FC) mempunyai suasana bilik persalinan yang hebat.

Saya tidak memilikinya dalam mana-mana kelab sebelum ini, apabila anda ada suasana seperti ini anda tahu anda boleh melakukan sesuatu,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

KL City FC mencipta sejarah tersendiri apabila menamatkan penantian 32 tahun peminat Kuala Lumpur untuk melihat pasukan itu kembali menjulang Piala Malaysia dan menafikan skuad Harimau Selatan daripada mempertahankan gelaran juara yang diraih pada 2019.

Pemain tengah, Zhafri Yahya dan kapten pasukan, Paulo Josue masing-masing mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-66 dan ke-74 untuk mencipta malam gemilang buat skuad Warga Kota.

Sementara itu, Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora menyifatkan keputusan malam ini sukar diterima selepas pasukan bimbingannya menyasarkan untuk mempertahankan kejuaraan diraih pada 2019.

Namun, beliau mempertahankan taktikal permainan digunakannya selain memuji sikap anak buahnya yang tidak menyerah kalah dan tetap berusaha mencari gol hingga ke penghujung perlawanan.

“Kami tidak berpuas hati dengan keputusan ini, kami datang untuk menang dan menjuarai Piala Malaysia tetapi kami ketinggalan, kami tidak jumpa jalan, ruang yang tepat untuk membina strategi permainan.

Kami tahu gaya permainan kami ialah untuk mencipta, cuba mewujudkan peluang, mencari jalan dan adalah lebih sukar untuk bertahan sahaja, tetapi KL melaksanakan tugas mereka dengan baik, mereka bertahan  tidak melakukan tekanan hanya menanti di padang kami cuba merapatkan jurang dan mereka melakukannya dengan baik,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Safawi, Akhyar Sah Bersama TFC

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Hector Bidoglio Kembali Galas Tanggungjawab Ketua Jurulatih JDT

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Solari, 6 Pemain Tinggalkan JDT

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 15 jam yang lalu

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tumpas Sindiket Bekal Sistem Rekod, Kira Wang Kepada Pusat Panggilan

Semasa 1 hari yang lalu

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry