web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bola Sepak Wanita Tempatan Jumpa Momentum

Untuk maju, setiap sukan sebenarnya menghadapi cabaran yang tersendiri yang perlu diteliti, dikupas dan dicari solusinya. Begitu juga bola sepak wanita tempatan.

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2021 3:25PM

Aksi perlawanan persahabatan antara The Footsouls dan Negeri Sembilan Women's Football Club (NSWFC). Gambar: Instagram @faselangormy @aifiqimages

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam kerancakan kejohanan Piala Malaysia berlangsung, sebenarnya ada dua pertandingan lagi yang mencipta sejarahnya yang tersendiri dalam dunia bola sepak Malaysia, khususnya bola sepak wanita.

Bulan November and Disember 2021 menyaksikan pelancaran bukan sahaja satu tetapi dua liga bola sepak wanita peringkat negeri: KL Womens’ Football Championship di Kuala Lumpur dan FA Selangor Women’s Super League di Selangor. 

Hampir bertindan tarikh, namun kejayaan kedua-dua kejohanan ini menarik enam dan sepuluh pasukan bola sepak wanita dari sekitar Lembah Klang menunjukkan kesediaan dan sambutan yang sangat bagus bagi sukan bola sepak wanita di Malaysia. 

Bagi mereka di luar Lembah Klang pula, Women in Football (WIF) Malaysia ada menganjurkan karnival bola sepak wanita dua hari di Pulau Pinang pada 4 dan 5 Disember ini. 

Semua ini memberi bayangan yang begitu memberangsangkan tentang perihal kemajuan sukan bola sepak wanita di negara ini. 

Ia sejajar dengan perkembangan bola sepak wanita seluruh dunia, di mana hak penyiaran perlawanan langsung bagi liga-liga wanita di Eropah mula menyertai arus perdana dan pengiktirafan jurulatih dan pengadil wanita dalam semua peringkat permainan.

Tetapi sekadar mengadakan liga sebagai platform untuk membolehkan para pemain kebangsaan beraksi dan menjadi laman mencungkil bakat baru untuk masa hadapan tidak memadai untuk memastikan ia terus malar. 

Sepertimana usaha memajukan sukan apa pun memerlukan pendekatan holistik, begitu juga dengan bola sepak wanita. Dan setiap sukan sebenarnya menghadapi cabaran-cabaran yang tersendiri yang perlu diteliti, dikupas dan dicari solusinya. 

Menyedari hakikat ini, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dalam melancarkan kejohanan Womens’ Super League mereka telah merangka program yang lebih bersifat jangka masa panjang. 

Ini dizahirkan melalui empat ikrar dari FAS yang dinyatakan dalam bahasa Inggeris: equal accessibility to football for women, realising women’s potential in football, enhancing messaging and promotion dan safe environment for women’s football. 

Dalam usaha melibatkan lebih ramai pemegang taruh dalam menjadikan ikrar ini satu realiti, satu bengkel tertutup telah diadakan pada 13 November lalu, seminggu sebelum pelancaran liga FAS WSL. (Penulis telah dijemput menjadi fasilitator pada bengkel ini). 

Bengkel tersebut dihadiri wakil dari NGO, pengamal undang-undang sukan, pengusaha padang, pengurus kelab dan akademi bola sepak, serta para pemain bola sepak wanita. Ia bertujuan mengilhamkan beberapa komitmen dan perlakuan yang perlu dilaksanakan dalam mencapai keempat-empat ikrar FAS. 

Sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran penuh para jemputan sekali lagi memberi gambaran bahawa ramai yang berminat dan ingin memajukan sukan bola sepak wanita. Maka sesuailah satu persatuan bola sepak negeri tampil ke hadapan dan memberi sokongan terhadap usaha ini.  

Penulis berasa setakat ini FAS adalah persatuan bola sepak pertama yang menerajui liga untuk pemain wanita. Walaupun sebelum ini ada beberapa liga sosial dan juga acara-acara lain, ianya tidak didepani oleh persatuan bola sepak negeri. 

Tidak menghairankan, kerana komitmen FAS (dahulunya Football Selangor) dalam memastikan sukan bola sepak peringkat akar umbi dan amatur memang menyerlah dalam beberapa tahun kebelakangan ini. 

Pertandingan Selangor Champions’ League, contohnya, bukan sahaja memberi peluang kepada kelab-kelab bola sepak untuk bertanding, tetapi juga mengasah bakat pengulas serta penganalisa data yang membolehkan satu ‘fantasy league’ diadakan. 

Ini sebenarnya merupakan medan mencungkil bakat dalam ekosistem bola sepak dan sukan secara menyeluruh dan tidak sahaja tertumpu kepada pemain di atas padang - satu usaha yang patut dicontohi oleh semua persatuan bola sepak.  

Semoga suatu hari nanti, lahir pula liga semi-pro dan profesional untuk pemain bola sepak wanita negara kita, sepertimana di negara Asia lain seperti Jepun dengan WE League mereka. - Getaran, 27 November 2021

Penulis adalah salah seorang penasihat kejohanan KL Women’s Football Championship.

Isu Pada

Transformasi Ara Johari

27 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad