Berita Terkini

2 jam yang lalu: Media Arab Saudi buat liputan lawatan PM 2 jam yang lalu: KKD beri perhatian bendung penyebaran ekstremis militan 2 jam yang lalu: PDRM nafi Ayob Khan miliki akaun TikTok 2 jam yang lalu: MAIWP sumbang RM1.7 juta bantu golongan mualaf 2 jam yang lalu: 4 kanak-kanak maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Muar - Bomba

IKUTI KAMI


Florida Tawar Diri Untuk Menjadi Tuan Rumah Sukan Olimpik

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2021 9:30PM

Gambar: AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIAMI – Pegawai kewangan Florida memberitahu Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) bahawa negeri di Amerika Syarikat itu boleh menjadi tuan rumah bagi Sukan Olimpik 2021 selepas khabar angin tuan rumah semasa Tokyo mungkin mengundur diri.

Jimmy Patronis menghantar surat ke Presiden IOC Thomas Bach “menggalakkan IOC untuk mempertimbangkan Florida sebagai lokasi baharu untuk menganjurkan Sukan Olimpik 2021.”

“Laporan media di Jepun mengatakan yang pemimpin-pemimpin di sana sangat risau dengan pandemik yang melanda untuk menganjurkan temasya pada tahun ini. Masih ada masa untuk IOC menghantar satu pasukan pemilihan lokasi ke Florida,” katanya.

Surat yang di tandatangan oleh Patronis dan disiarkan secara dalam talian, menyatakan beberapa sebab kenapa negeri itu mampu untuk menganjurkan Sukan Olimpik seperti kekuatan pengedaran vaksin negeri itu, dan pengalaman menganjurkan temasya sukan semasa pandemik sedang melanda.

Tetapi Florida telah bergelut teruk dengan wabak coronavirus dengan lebih daripada 25,000 kematian di catatkan di negeri itu.

“Apa jua langkah pencegahan yang diperlukan, mari kita selesaikan dan pastikan ia dibuat,” kata Patronis.

Jumaat lepas, jawatankuasa penganjuran Tokyo 2021 – dijadualkan untuk dilangsungkan pada tahun lepas tapi terpaksa di tunda untuk setahun kerana pandemik coronavirus – berkeras yang mereka mahu temasya tahun ini dianjurkan pada tarikh baharu yang telah ditetapkan iaitu pada 23 Julai hingga 8 Ogos.

“Saya bertekad untuk menganjurkan temasya Olimpik Tokyo sebagai bukti bahawa kita mampu untuk mengatasi coronavirus,” kata Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga. – AFP, 29 Januari 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 5 hari yang lalu

Azeem Raih Emas Acara 100 Meter Di Florida

2

Semasa 5 hari yang lalu

MAHB Catat Pergerakan Penumpang Lebih Tinggi Pada Februari

3

Teknovasi 1 minggu yang lalu

TV YouTube Naikkan Harga Langganan, Bersaing Dengan Disney Plus dan Apple TV+

4

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Mechamato Terima Anugerah Peminat Anime Di Tokyo

Sorotan

1

Perkhidmatan Kesihatan Servis Kritikal, Babitkan Nyawa, Jangan Rosakkan Dengan Mogok 

2

Cakna Jenis Ikan Buntal Elak Kematian, Pastikan Penjual Berpengetahuan Sebelum Beli

3

Ahmad Zahid Sahkan Sulaiman Letak Jawatan Ketua Menteri Melaka

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Anwar Berbuka Puasa, Beramah Mesra Dengan Komuniti Islam Di Hainan

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Penyanyi Fugees Jalani Perbicaraan Berkaitan Skandal 1MDB

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 18 jam yang lalu

Skandal 1MDB: Mahkamah Kuwait Kenakan Hukuman Penjara Terhadap Jho Low

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 1 hari yang lalu

Henti Pelepasan Cukai Pencarum SSPN Kurang Tepat, ‘Saya Beri 3 Sebab’ - Syed Saddiq

oleh Farhana Farush