web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Skuad Hoki Malaysia Ikat Belgium

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Nov 2021 8:17AM

Skuad hoki remaja negara berjaya mengikat Belgium 1-1 dalam saingan Piala Dunia Remaja Lelaki FIH 2021 di Bhubaneswar, India malam tadi. - Gambar dari Facebook FIH

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Skuad hoki remaja negara seri 1-1 ketika menentang Belgium dalam saingan Piala Dunia Remaja Lelaki FIH 2021 yang berlangsung di Bhubaneswar, India malam tadi.

Dalam aksi Kumpulan A di Stadium Kalinga itu, skuad negara menjaringkan gol pertama pada separuh masa pertama melalui Muhammad Amirul Hamizan Azahar menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-29.

Belgium bagaimanapun menjaringkan gol penyamaan melalui Thibeau Stockbroekx, juga menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-49.

Anak buah Wallace Tan itu, yang memulakan kempen dengan kemenangan 2-1 ketika menentang Chile, kini hanya perlu mengelak tewas di tangan pasukan Afrika Selatan dalam aksi terakhir kumpulan pada Sabtu ini untuk menempah tiket ke perlawanan suku akhir.

Belgium, yang sebelum ini membenam Afrika Selatan 5-1, akan berdepan Chile.

Meskipun Belgium dan Malaysia masing-masing mengumpul empat mata, Belgium berada di tangga teratas kumpulan berdasarkan jaringan gol diikuti Afrika Selatan (3 mata) dan Chile (0). - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad