web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Belanda Raih Slot Automatik Terakhir Ke Qatar 2022

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2021 9:16AM

Jaringan Depay membantu The Oranje layak ke Qatar 2022. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Belanda meraih slot automatik terakhir di Zon Eropah untuk layak ke Piala Dunia 2022 dengan mengalahkan Norway 2-0, Turki dan Ukraine pula berjaya layak ke pusingan playoff.

Steven Bergwijn dan Memphis Depay menjaringkan kedua-dua gol untuk mengesahkan The Oranje layak beraksi di final yang akan berlangsung di Qatar tahun depan.

Perlawanan berlangsung tanpa penyokong selepas perintah berkurung separa diperkenalkan kembali pada minggu lalu selepas kenaikan kes COVID-19.

“Semestinya banyak yang boleh kami perbaharui, tetapi keputusan ini adalah yang paling penting sekali. Kami akan ke Qatar, saya tidak sabar untuk beraksi di Piala Dunia,” kata kapten Belanda Virgil van Dijk kepada penyiar NOS.

Di Podgorica, penyerang Montenegro Fatos Beqiraj membuka jaringan empat minit selepas perlawanan bermula untuk meletakkan Turki dalam bahaya terlepas penamat dua teratas.

Pasukan pelawat membalas pada minit ke-22 dengan penyerang Galatasary Kerem Akturkoglu menjaringkan gol akrobatik sebelum pemain muda Orkun Kokcu melengkapkan jaringan untuk kemenangan 2-1.

Belanda mengikut jejak langkah Belgium, England, Jerman, Denmark, Perancis, Croatia, Switzerland, Spain dan Serbia yang berjaya layak terus ke Qatar 2022 dari Eropah.

Turki bersama-sama juara Euro 2020 Italy, Portugal, Scotland, Russia, Sweden, Polan, Wales, North Macedonia, Ukraine, Republik Czech dan Austria akan menunggu undian pada 26 November untuk menentukan siapa lawan masing-masing dalam aksi playoff pada Mac. - AFP

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad