web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rossi Akhiri Karier Sebagai ‘Idola’, Bagnaia Juara GP Penutup Musim Di Valencia

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2021 9:12AM

Rossi melambai selepas tamat perlumbaan penutup musim MotoGP di GP Valencia. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

VALENCIA - Valentino Rossi digambarkan sebagai seorang idola selepas menamatkan kariernya dengan melintasi garisan penamat di tangga ke-10 pada perlumbaan terakhir musim ini di Valencia.

Perlumbaan dimenangi oleh penunggang Ducati Francesco Bagnaia, salah seorang daripada anak didik ikon sukan pemotoran Itali itu.

Rossi yang berusia 42 tahun, juara dunia sembilan kali merentasi kesemua kategori, menikmati sorakan 75,000 penyokong yang hadir ketika beliau membuat pusingan penghargaan di Valencia - perlumbaan ke-432 sejak beliau memulakan kariernya pada 1996.

Jorge Martin yang menunggang untuk Pramac Ducati dan rakan sepasukan Bagnaia, Jack Miller membantu Ducati mencatat sejarah menyapu kesemua posisi podium.

Juara Dunia dari Yamaha Fabio Quartararo menamatkan perlumbaan di tangga kelima.

Ini adalah kemenangan keempat buat Bagnaia musim ini, yang dilahirkan dari akademi VR46 yang ditubuhkan oleh Rossi.

Bagnaia menamatkan GP Valencia di tempat pertama. - Gambar AFP
Bagnaia menamatkan GP Valencia di tempat pertama. - Gambar AFP

Penunggang yang berusia 24 tahun itu menamatkan musim ini 26 mata di belakang Quartararo.

Beliau mendominasi perlumbaan ini tetapi apabila bekas Galactico Ronaldo mengibarkan bendera untuk menandakan perlumbaan tamat semua perhatian diberikan kepada Rossi.

Semua pelumba berhenti memberikan penghormatan, percikan bunga api dinyalakan dan sorakan “Vale, Vale” kedengaran di sekitar litar.

Nombor 46 berada di mana-mana sahaja termasuklah di helmet Bagnaia, dan di kawasan tempat duduk di litar Ricardo Tormo.

Di paddock, sembilan motosikal yang ditunggang semasa memenangi kesemua kejuaraan dunianya diatur dengan The Doctor bergambar untuk satu sesi yang penuh emosi.  

Satu mural gergasi juga dicat di tepi bangunan di litar menunjukkan potret Rossi yang tersenyum besar.

“Rossi adalah idola saya sejak dari kecil lagi.

“Dia banyak memberi pengaruh kepada saya dalam sukan ini dan dalam cara saya bekerja.

“Dia adalah seorang yang saya puja sebagai pelumba dan individu di luar litar.

“Saya sedih yang ini adalah perlumbaan terakhirnya, tapi kami di Yamaha akan raikannya dengan meriah sekali,” kata juara dunia Quartararo yang belum lahir bila pemandu Itali itu memenangi kejuaraan dunia pertamanya dalam kategori 125cc pada 1997.  

Rossi menamatkan kerjayanya dengan 115 kemenangan termasuk 89 dalam MotoGP, 235 podium (199 dalam kelas perdana).

Dalam kelas Moto2, penunggang Australia Remy Gardner dinobat sebagai juara dunia, mengikut jejak langkah ayahnya Wayne yang menjuarai kelas 500cc pada 1987.

Dia menamatkan perlumbaan di posisi ke-10, tetapi itu cukup buat dirinya untuk memastikan kejuaraan miliknya. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Keputusan MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia 2023

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Rapid KL Sedia Bas Khas Pada 10 Hingga 12 November Sempena MotoGP

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Kasma Kembali Ke Moto2 Sebagai Penunggang Gantian

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Tiket MotoGP: KBS Komited Perjuang Pengurangan Cukai Hiburan

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar