web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kedah, Terengganu FC Sertai Saingan Piala AFC

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2021 8:18AM

Gambar dari the-afc.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kedah Darul Aman FC dan Terenganu FC akan beraksi dalam saingan peringkat kumpulan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2021 di Singapura.

AFC mengumumkan hari ini, Singapura disahkan selaku tuan rumah bagi Kumpulan H yang terdiri daripada Kedah Darul Aman FC, Lion City Sailors (Singapura), Saigon FC (Vietnam) dan pemenang perlawanan play-off 2 Zon ASEAN.  

Singapura juga akan menjadi tuan rumah Kumpulan I terdiri daripada Geylang International FC dari Singapura, Kaya FC-IIoilo (Filipina), Terengganu FC dan wakil Myanmar, Shan United FC atau   Ayeyawady United FC, bergantung kepada keputusan perlawanan peringkat awal dan play-off Liga Juara-Juara AFC 2021.

Prestasi Kedah melonjak selepas Liga Malaysia disambung lewat Ogos tahun lepas apabila menduduki tangga kedua di dalam Liga Super yang memberikan ia slot automatik dalam pertandingan Piala AFC tahun ini. 

Terengganu FC yang menduduki tangga ketiga Liga Super 2020 mendapat slot di dalam kejohanan itu dalam Liga Malaysia 2020 yang dipendekkan dengan pembatalan Piala FA dan Piala Malaysia berikutan peningkatan kes COVID-19 di dalam negara.

AFC juga mendedahkan venue untuk Kumpulan G, yang juga dalam Zon ASEAN akan diputuskan kemudian.

Selain daripada itu, AFC mengesahkan perlawanan dalam Kumpulan A, mengetengahkan Al Hidd Club (Bahrain), Al Nasr (Oman), Al Wahda (Syria) dan juara bertahan Al Ahed FC (Lubnan) akan dihoskan Manama, Bahrain.

Sementara itu, Kumpulan B terdiri daripada Al Ansar FC (Lubnan), Muharraq Club (Bahrain), Al Salt (Jordan) dan Balata Center (Palestin) selain Kumpulan C terdiri daripada Al Faisaly (Jordan), Al Seeb Club (Oman), Tishreen (Syria) dan pemenang perlawanan play-off Zon Barat akan berlangsung di Amman, Jordan. 

Perlawanan Kumpulan D,  termasuk ATK Mohun Bagan (India),  Bashundhara Kings (Bangladesh), Maziya Sports & Recreation (Maldives) dan pemenang perlawanan play-off Zon Selatan yang bakal berlangsung di Male, Maldives.

FC Dordoi (Kyrgyzstan) yang akan menjadi kelab tuan rumah Kumpulan E, yang juga mengetengahkan Ahal FC (Turkemistan) dan FC Ravshan (Tajikistan) dengan Dushanbe, Tajikistan menyediakan tirai latar untuk perlawanan Kumpulan F, terdiri daripada FC Alay (Kyrgyzstan), Altyn Asyr FC (Turkmenistan), FC Khujand (Tajikistan) dan wakil Uzbekistan, AGMK FC atau FC Nasaf yang bakal ditentukan selepas perlawanan play-off Liga Juara-Juara AFC 2021. - Bernama

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 7 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad