web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sakit Belakang, Zii Jia Terpaksa Lupakan Gelaran Terbuka Hylo 2021

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2021 7:30AM

Lee Zii Jia - Gambar dari Facebook BAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia pasti tidak dapat melupakan perlawanan akhir Terbuka Hylo 2021 di Jerman malam tadi selepas beliau terpaksa menarik diri daripada meneruskan perlawanan dalam set penentuan berikutan sakit belakang yang dialaminya. 

Zii Jia yang merupakan pilihan kedua kejohanan terpaksa menarik diri selepas ketinggalan 12-17 dan memberi laluan kepada pemain bukan pilihan dari Singapura, Loh Kean Yew menjuarai kejohanan itu selepas bertarung selama 64 minit pada final yang berlangsung di arena Saarlandhalle di Saarbrucken.

Zii Jia yang berada pada kedudukan ranking kelapan dunia bermula dengan baik dan mendahului Kean Yew 11-7 tetapi kesilapan demi kesilapan yang dilakukan terutamanya ketika bermain di hadapan jaring dan smesy yang tersasar daripada gelanggang membenarkan pemain Singapura itu mengumpul mata demi mata dan merapatkan jurang mata kepada 19-18.

Pada kedudukan 20-18 perlawanan ditangguhkan selama tujuh minit selepas Kean Yew mengalami luka pada buku jari tangan kanan dan memaksanya mendapatkan rawatan perubatan di tepi gelanggang.

Pemain Malaysia itu kemudian berjaya mendapatkan rentak permainan dan berjaya menewaskan Kean Yew 21-19 pada set pertama perlawanan.

Kecederaan itu bagaimanapun tidak melemahkan semangat pemain ranking ke-39 dunia itu untuk bangkit dan menundukkan Zii Jia 21-13 menerusi smesy-smesy tajam pada set kedua untuk mengheret perlawanan ke set penentuan. 

Set penentuan berlangsung dengan penuh debaran terutamanya pada awal permainan apabila kedua-dua pemain saling kejar-mengejar mata sehingga kedudukan 10-10 sebelum kecederaan yang dialami  Zii Jia membuatkan Kean Yew melebarkan jurang mata kepada 17-12 dan seterusnya memenangi perlawanan itu selepas pemain Malaysia itu tidak dapat meneruskan permainan. 

Kemenangan malam tadi menyaksikan Kean Yew menambah rekod tanpa kalahnya berhadapan Zii Jia sejak minggu lepas selepas beliau menyingkirkan jaguh perseorangan Malaysia itu 24-22 dan 21-14 pada pusingan pertama Terbuka Perancis.

Kekalahan kali ini menunjukkan Zii Jia masih tidak berupaya untuk mengakhiri kemarau juara selama lapan bulan  selepas beliau menewaskan Victor Axelsen dari Denmark 30-29, 20-22, 21-9 dalam Kejohanan All England 2021 di Birmingham, England, Mac lepas. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad