web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Paralimpik Tokyo: Bonnie Terima RM500,000, Jong RM300,000

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Nov 2021 9:24PM

Bonnie Bunyau Gustin menerima insentif kewangan sebanyak RM500,000 daripada kerajaan Sarawak. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Dua atlet paralimpik negara dari Sarawak yang memenangi pingat emas dan perak di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada 24 Ogos sehingga 5 September 2021 di Tokyo, Jepun, hari ini menerima insentif kewangan daripada kerajaan Sarawak.

Bonnie Bunyau Gustin yang memenangi pingat emas dan berjaya memecah rekod acara kejohanan menerima wang tunai RM500,000, sementara Jong Yee Khie yang meraih perak, menerima RM300,000.

Kadar insentif RM500,000 untuk emas dan RM300,000 untuk perak itu adalah 50 peratus daripada nilai yang diberi oleh kerajaan pusat.

Bonnie dan Jong adalah dua daripada lima atlet paralimpik Sarawak yang mewakili Malaysia berjaya memenangi pingat di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Menteri Belia dan Sukan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan insentif berkenaan kepada kedua-dua atlet berkenaan.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Abdul Karim berkata pemberian insentif daripada kerajaan Sarawak itu adalah sebagai menghargai perjuangan dan pencapaian kedua-dua atlet berkenaan.

Memuji kegigihan serta pencapaian kedua-dua atlet berkenaan, beliau menasihati mereka agar tidak mudah mengalah dan sentiasa bermotivasi untuk menghadapi mana-mana penyertaan sukan di masa hadapan.

Beliau turut berharap kedua-dua atlet itu akan mengharumkan nama Malaysia dan Sarawak khasnya sekali lagi di Kejohanan Powerlifting Dunia di Georgia, Rusia pada 27 November ini.

Bonnie dan Jong ketika ditemui masing-masing berasa gembira dan berterima kasih kepada kerajaan Sarawak atas insentif yang diberikan. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar