web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Muthu Dakwa Masih Presiden POS

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2021 7:28AM

SM Muthu - Gambar dari Twitter

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemelut kepimpinan dalam Persatuan Olahraga Selangor (POS) terus “hangat” apabila Datuk SM Muthu mendakwa beliau masih presiden persatuan itu yang sah.

Malah, Muthu yang juga Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mendakwa Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) POS semalam yang menyingkirkan beliau daripada jawatan Presiden POS dan menarik balik keahlian seumur hidupnya atas dakwaan berlakunya penyelewengan dana sebanyak RM110,000, adalah tidak sah.

Muthu mendakwa EGM itu juga tidak sah kerana dihadiri oleh individu bukan ahli serta Perlembagaan POS tidak membenarkan penyingkiran mana-mana pemegang jawatan melalui EGM.

 “Dakwaan yang saya kononnya menyeleweng dana POS adalah fitnah, satu percubaan yang tidak bertanggungjawab dan berniat jahat untuk memburukkan nama saya. Setahu saya, wang itu berada dalam akaun bank POS.

''Usaha ini dibuat bagi menghalang saya mempertahankan jawatan pada pemilihan ketika Mesyuarat Agung Tahunan POS pada 7 November ini,” dakwanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan mengenai perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini petang semalam.

Menurut laporan media semalam, EGM POS yang dihadiri 39 ahli secara sebulat suara menyingkirkan Muthu daripada jawatan Presiden POS dan menarik balik keahlian seumur hidupnya atas dakwaan berlakunya  penyelewengan dana persatuan, serta mahu membuat laporan kepada polis dan Pesuruhjaya Sukan.

Sementara itu, Pesuruhjaya Sukan Ibrahim Mohd Yusof ketika dihubungi berkata beliau masih belum menerima apa-apa laporan daripada kedua-dua pihak, manakala kesahihan EGM juga belum disahkan.

“Kita perlu semak dan teliti proses EGM dibuat sama ada ikut perlembagaan atau tidak. Dalam Perlembagaan POS, hanya pemilihan sahaja tidak boleh dibuat (dalam EGM), yang lain-lain tidak disebut. 

''Menurut Fasal 13 Perlembagaan POS, surat tunjuk sebab perlu dikemukakan sebelum pemecatan dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib. Sama ada tindakan ini (penyingkiran) teratur atau tidak, kita perlu semak dan teliti perlembagaan POS,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar