web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Pelumba Muda FIM MiniGP Raih Tiket Ke Valencia

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2021 7:33AM

Farres Putra (tengah) bersama Emil Idzhar (kiri) dan Farish Hafiy (kanan) akan menyertai Kejuaraan Siri Dunia di Valencia, Sepanyol bulan depan. - Gambar dari Facebook FIM MiniGP Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelumba dari Selangor, Farres Putra muncul juara keseluruhan saingan sulung FIM MiniGP Siri Malaysia di Litar Go-Kart Antarabangsa Sepang semalam ini, sekali gus meraih tiket ke Kejuaraan Siri Dunia yang bakal berlangsung di Valencia, Sepanyol bulan depan.

Turut meraih tiket ke Valencia ialah Emil Idzhar dan Farish Hafiy yang masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga secara keseluruhan dalam kejuaraan pembangunan bakat peringkat akar umbi anjuran bersama Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM), Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan ZK Racing Team.

Menurut kenyataan daripada SIC, Farres meraih 135 mata selepas empat pusingan siri itu, mengatasi Emil (122) dan Farish (120 mata) dengan perlumbaan semalam, menjadi perlumbaan paling mencabar kepada pelumba-pelumba cilik berkenaan.

Setiausaha Agung MAM, Muizz Azli sambil mengucapkan tahniah kepada ketiga-tiga pelumba itu, berharap mereka dapat mempamerkan aksi yang baik di Kejuaraan Siri Dunia nanti yang berlangsung dari 10 hingga 11 November ini.

“Semalam saingan bermula dengan perlumbaan basah pada Perlumbaan 1 dengan Perlumbaan 2 pula di trek yang agak kering, tentunya, ini adalah pengalaman yang cukup baik kepada para pelumba khususnya mereka yang akan bersaing di Valencia,” katanya dalam kenyataan sama.

Diiktiraf oleh Dorna, pemegang hak penganjuran kejuaraan MotoGP Dunia dan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), para pelumba bersaing menggunakan Ohvale 160cc, yang merupakan motosikal  perlumbaan keluaran Itali dan ditunggang pelumba remaja berusia antara 11 hingga 13 tahun. 

Ketiga-tiga mereka dijadual berlepas ke Valencia pada 6 November ini. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad