web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KBS Tidak Pernah Lindungi Salah Laku Babitkan Pengurusan Atlit

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2021 8:45PM

Ti Lian Ker (dua dari kiri) menerima cenderamata selepas program Skuad Sukarelawan Rakan Muda di Kuantan, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak pernah melindungi salah laku mana-mana pihak, terutamanya yang membabitkan pengurusan atlit negara.

Kementerian juga tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas, termasuk menamatkan kontrak jurulatih yang terbabit dengan salah laku sebaik sahaja laporan polis dibuat terhadap mereka.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker ketika ditanya mengenai pendedahan atlit terjun negara, Datuk Pandelela Rinong mengenai salah laku bekas jurulatihnya.

"Kita (KBS) memang tidak pernah melindungi atau cuba melindungi sebarang salah laku sekiranya ia membabitkan keselamatan dan maruah atlit negara. 

"Mengenai dakwaan Datuk Pandelela Rinong, KBS melalui Majlis Sukan Negara (MSN) sudah mengambil tindakan sebaik sahaja menerima laporan rasmi dengan tidak menyambung kontrak individu berkenaan sebaik sahaja tamat," katanya ketika ditemui selepas program Skuad Sukarelawan Rakan Muda di sini, hari ini. 

Semalam, atlit terjun kelahiran Sarawak itu mendedahkan pernah mempunyai pengalaman berdepan lawak lucah dilakukan jurulatihnya.

“Dulu saya ada seorang 'coach' ni suka buat lawak lucah, saya buat diam je tak pun fake laugh sebab takut dia. Pernah sekali tak tahan saya tegur dia, tapi kena buli balik. 7 tahun kemudian dia buat kes rogol," luahnya menerusi ciapan di laman sosial Twitter. 

Menerusi ‘tandapagar’ #rapejokeisnotfunny, beliau menghasilkan bebenang bagi berkongsi pengalaman tersebut, yang jelas merupakan satu detik hitam dalam hidupnya.

“Tapi paling sedih dalam 7 tahun tu dia buat hal setiap tahun. Tapi kami atlet tak boleh buat apa, sebab 'backup' besar dia adalah 'head coach' kami sendiri.”

Bagaimanapun Pandelela berkata, beliau dan rakan-rakannya bernasib baik kerana dilindungi oleh persatuan sukan dan situasi itu sudah pun berakhir.

Sementara itu, Lian Ker memaklumkan, KBS sudah menubuhkan jawatankuasa khas mengenai salah laku tahun lalu, bagi memberi ruang kepada semua atlit untuk menyalurkan maklumat mengenai salah laku atau apa sahaja masalah sepanjang menjalani latihan. 

"Kita tidak pernah berkompromi dengan mana-mana salah laku dan KBS memandang serius jika ada laporan dibuat. 

"Setakat ini tidak ada isu lain timbul dan jika ada, kita galakkan mereka menyalurkan maklumat dan memberi jaminan ia akan dilindungi," katanya. - Getaran, 22 Oktober 2021

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 23 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad