web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemain, Pegawai Positif COVID, NSFC Tarik Diri Saingan Piala Malaysia

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2021 5:02PM

Negeri Sembilan FC tidak dapat meneruskan saingan Piala Malaysia musim ini selepas 20 pemain dan 4 pegawai positif COVID-19. - Gambar dari Facebook NSFC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Juara Liga Premier 2021 Negeri Sembilan FC (NSFC) tidak dapat meneruskan saingan Piala Malaysia musim ini selepas 20 pemain serta empat pegawainya disahkan positif COVID-19.

NSFC menerusi kenyataan memaklumkan pegawai dan pemain terbabit sedang menjalani kuarantin wajib di rumah serta dipantau selama 10 hari oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Ujian pengesanan COVID-19 secara berterusan sedang dilakukan bagi kontak rapat para pemain dan pegawai NSFC yang terlibat.

“Demi menjaga keselamatan semua pihak serta saranan doktor pasukan, pihak NSFC ingin memohon kemaafan kepada penyokong kerana hal ini menyebabkan pasukan tidak dapat meneruskan baki saingan Piala Malaysia musim ini,” menurut kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook rasmi pasukan itu hari ini.

NSFC memaklumkan hal itu turut menyebabkan perlawanan persahabatan menentang Kuching City FC yang sepatutnya diadakan dua hari lepas dibatalkan.

“Pihak NSFC berharap agar para penyokong memberi sokongan dan mendoakan kesejahteraan pemain dan pegawai pasukan,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 23 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar