web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lee Zii Jia, Lepasi Pusingan Pertama Terbuka Denmark

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 7:58AM

Lee Zii Jia - Gambar BAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia bangkit dengan aksi meyakinkan apabila mara ke pusingan kedua selepas menewaskan Wang Tzu Wei dari Taiwan pada kejohanan badminton Terbuka Denmark semalam.

Zii Jia yang tewas set pertama, bangkit semula pada set kedua dengan 21-9 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan dengan kemenangan 21-18 dalam pertarungan berlangsung 50 minit di Odense Sports Park.

Pemain yang menduduki ranking ketujuh dunia itu dijangka berdepan seorang lagi pemain negara Liew Daren atau pemain tuan rumah Hans-Kristian Solberg Vittinghus pada pusingan kedua.

Sementara itu, gandingan pingat gangsa di Sukan Olimpik Tokyo Aaron Chia-Soh Wooi Yik memerlukan 23 minit sebelum mengenepikan pasangan Belanda Ruben Jille-Ties Van Der Lecq 21-17, 21-9 untuk mara ke pusingan kedua.

Beregu negara akan berdepan pasangan Jepun Akira Koga-Taichi Sato yang menundukkan rakan senegara Keiichiro Matsui-Yoshinori Takeuchi 21-18, 19-21, 21-14.

Dalam satu lagi aksi beregu lelaki, pemain beregu negara Goh V Shem yang membuat penampilan sulung dengan gandingan baharunya Low Juan Shen tewas kepada pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo dari Taiwan Lee Yang-Wang Chi Lin 21-14, 21-18.

Chan Peng Soon-Goh Liu Ying pula tersingkir awal apabila tewas kepada Chang Tak Ching-Ng Wing Yung dari Hong Kong 21-17, 21-19. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad