web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala Thomas: Langkah Malaysia Tersekat, Tewas Pada Indonesia

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2021 7:48AM

Lee Zii Jia tumpas kepada pemain nombor lima dunia, Anthony Sinisuka Ginting dengan keputusan 21-15, 21-17 di Arena Ceres, malam tadi. - Gambar dari Facebook BAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AARHUS  - Indonesia menafikan peluang Malaysia untuk mara ke separuh akhir Piala Thomas 2020 untuk edisi kedua berturut-turut selepas skuad negara pimpinan Lee Zii Jia tewas 3-0 pada saingan suku akhir di Arena Ceres di sini, malam tadi.

Indonesia, yang menjulang piala berprestij itu untuk rekod 13 kali sebelum ini, menyingkirkan juara lima kali Malaysia 3-1 pada edisi 2018 di Bangkok.

Kejayaan mara ke suku akhir kali ini sekadar menyamai pencapaian layak ke peringkat lapan terbaik ketika edisi 2010 dan 2012.

Pada edisi 2016, Malaysia mara ke separuh akhir sebelum tunduk kepada Denmark dan dua tahun sebelum itu (2014), skuad negara dikecewakan Jepun di pentas final di New Delhi.

Dalam saingan suku akhir itu, pemain nombor lapan dunia dan ketua pasukan negara, Zii Jia yang diharap membuka langkah kanan serta menyuntik semangat rakan sepasukan, tidak dapat mengutip mata pertama menentang pemain nombor lima dunia, Anthony Sinisuka Ginting.

Ginting, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020, memulakan perlawanan secara agresif dan hanya mengambil masa 38 minit untuk menumpaskan Zii Jia dengan keputusan 21-15, 21-17.

Malaysia kemudian meletakkan harapan mereka kepada pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk mengejutkan beregu nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo.

Bagaimanapun, beregu Indonesia itu dikenali Minions, memberi saingan hebat untuk menang 21-17, 16-21, 21-15 pada pertarungan hampir sejam, sekali gus melakarkan kemenangan kelapan daripada 10 pertemuan dengan beregu Malaysia itu.

Ketika Indonesia hanya memerlukan satu mata untuk mengesahkan slot separuh akhir, bintang muda negara Ng Tze Yong memberi petanda positif pada awal perlawanan untuk skuad negara bangkit semula tetapi terpaksa tunduk kepada pemain nombor tujuh dunia Jonatan Christie 21-14, 19-21, 16-21.

Indonesia, yang berhasrat menamatkan kemarau gelaran hampir dua dekad selepas kali terkali merangkul gelaran itu pada 2002, akan berdepan dengan Denmark pada saingan separuh akhir esok.

Denmark mara ke separuh akhir selepas mengalahkan India 3-1 pada satu lagi perlawanan suku akhir.

Terdahulu, juara bertahan China tidak menghadapi sebarang masalah menewaskan Thailand 3-0 untuk menentang naib juara Jepun pada satu lagi perlawanan separuh akhir .

Jepun mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas bangkit semula selepas ketinggalan 2-0 untuk mengecewakan Korea Selatan 3-2. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 22 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad