Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Piala Uber: China Belasah Malaysia 5-0

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2021 8:01AM

Beregu Lee Meng Yean-M Thinaah tewas kepada juara Remaja Dunia 2018, Liu Xuan Xuan-Xia Yu Ting. - Gambar dari Facebook BAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AARHUS - Cabaran Malaysia dalam Piala Uber 2020 nampaknya bakal berakhir seawal peringkat kumpulan selepas tewas 0-5 kepada China dalam perlawanan Kumpulan D di Arena Ceres di sini pada Ahad. 

Selepas pembukaan kempen dengan kekalahan 1-4 kepada tuan rumah Denmark pada Sabtu, skuad muda Malaysia tetap mempamerkan semangat juang yang tinggi menentang pemain China yang mempunyai ranking dunia lebih tinggi, diketuai Juara Olimpik Chen Yu Fei. 

Dalam perseorangan pertama, pemain ranking nombor dua dunia, Yu Fei dengan tenang membaca gaya permainan Eoon Qi Xuan, sebelum memaksa pemain ranking ke-123 dunia itu mengikut rentaknya dan memastikan kemenangan 21-13, 21-11 dalam masa 31 minit. 

Qi Xuan yang melakukan kejutan dalam kejohanan itu semalam dengan menewaskan pemain Denmark Line  Christophersen yang berada pada ranking ke-23 dunia, ditugaskan bermain dalam perlawanan perseorangan pertama selepas S Kisona direhatkan hari ini.

Kemudian Juara Remaja Dunia 2018, Liu Xuan Xuan-Xia Yu Ting mengukuhkan pendahuluan China dengan menumpaskan gandingan  Lee Meng Yean-M Thinaah 21-12, 21-17.

Ketua pasukan Meng Yean yang bergandingan dengan Thinaah selepas pasangannya Pearly Tan mengalami kecederaan bahu semasa Piala Sudirman minggu lepas, mempamerkan aksi bertenaga menentang beregu ranking ke-21 dunia tetapi masih tidak mencukupi untuk mendapatkan kemenangan.  

Siti Nurshuhaini - Gambar dari Facebook BAM
Siti Nurshuhaini - Gambar dari Facebook BAM

China yang merupakan pasukan paling cemerlang dalam kejohanan itu mengesahkan kemenangannya selepas pemain ranking kelapan dunia He Bing Jiao membenam muka baharu, Siti Nurshuhaini Azman 21-8, 21-3.

Siti Nurshuhaini yang baharu berusia 17 tahun dengan ranking ke-455  dunia cuba untuk memberikan saingan pada awalnya tetapi tidak mampu mengikut rentak pemain China itu yang bukan lawan beliau.  

Pemenang pingat emas beregu campuran Huang Dong Ping dan pemenang pingat perak beregu wanita Jia Yi Fan di Sukan Olimpik Tokyo, meneruskan penguasaan China dalam perlawanan beregu kedua  dengan  mengatasi beregu muda negara Go Pei Kee-Teoh Mei Xing 21-9, 21-12. 

Pemenang pingat perak Kejohanan Remaja Dunia 2018 Wang Zhi Yi melengkapkan kemenangan 5-0 China dengan mengatasi K Letshanaa 21-15, 21-11.

Malaysia akan melengkapkan perlawanan Kumpulan D berhadapan Kanada, pada pukul 7 malam,11 Okt (1 pagi, 12 Okt waktu Malaysia ) sementara China yang bermula dengan membelasah Kanada 5-0 semalam akan melengkapkan perlawanan kumpulan menentang tuan rumah Denmark pada 12 Okt.

Dengan hanya dua pasukan teratas akan mara ke peringkat suku akhir, China berada di kedudukan teratas dengan dua kemenangan diikuti Denmark dengan satu kemenangan. - Bernama

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Tumpas Sindiket Bekal Sistem Rekod, Kira Wang Kepada Pusat Panggilan

Politik 4 jam yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

Luar Negara 22 jam yang lalu

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

Luar Negara 1 hari yang lalu

Menteri Luar ASEAN Gesa Hentikan Segera Keganasan Di Sempadan Myanmar