web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala Uber: Malaysia Tewas 4-1 Pada Denmark

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2021 8:04AM

S. Kisona tewas kepada pemain Denmark, Mia Blichfeldt pada aksi kumpulan D, Kejohanan Badminton Piala Uber di Ceres Arena, malam tadi. - Gambar dari Facebook BAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AARHUS - Skuad badminton negara terdiri daripada barisan pemain muda terpaksa akur selepas tewas 4-1 kepada tuan rumah Denmark meskipun memberikan cabaran sengit pada aksi kumpulan D, Kejohanan Badminton Piala Uber di Ceres Arena, di sini, Sabtu.

Pemain perseorangan utama negara, S Kisona bermula garang untuk mendahului pemain di ranking ke-12 dunia Mia Blichfeldt 7-2, namun situasi itu tidak bertahan lama apabila pemain Denmark berusia 24 tahun itu bangkit menyamakan kedudukan 8-8 sebelum menang set pertama 21-11.

Kelebihan bermain di gelanggang sendiri digunakan sebaik mungkin oleh Blichfeldt untuk menyumbang mata pertama menewaskan Kisona yang menduduki ranking ke-53 dunia dengan 21-7 sekali gus menceriakan 2,000 penonton tuan rumah.

Gandingan Lee Meng Yean-M Thinaah yang tewas 21-19 kepada gandingan di ranking ke-16 Fruergaard-Sara Thygesen, bangkit memenangi set kedua 21-10 untuk mengheret kepada perlawanan penentuan.

Bagaimanapun, juara Eropah sebanyak tiga kali itu menidakkan hasrat skuad negara untuk menyamakan kedudukan apabila menewaskan Meng Yean-Thinaah 21-13 untuk mata kedua selepas 70 minit bertarung.

Meng Yean yang memimpin pasukan serta pemain paling senior itu digandingkan selepas gandingan asal Thinaah, Pearly Tan mengalami kecederaan di bahu.

Pemenang pingat perak kejohanan Remaja Asia 2017 Eoon Qi Xuan yang menduduki ranking ke-123 kembali meletakkan harapan buat skuad negara apabila mengejutkan Line Christophersen yang menduduki ranking ke-23, dengan 18-21, 21-18, 21-15 untuk merapatkan jurang.

Bagaimanapun, tuan rumah mengesahkan kemenangan selepas beregu di kedudukan ke-25 dunia Amalie Magelund-Freja Ravn menewaskan Teoh Mei Xing-Yap Ling 21-13, 21-19 selepas perlawanan sengit pada set kedua yang memberikan kedudukan selesa 3-1 kepada tuan rumah.

Pada perlawanan terakhir, pemain negara K Letshanaa, 18, mempamerkan semangat juang tinggi berdepan pemain di ranking ke-35, Line Kjaersfeldt sebelum tewas 21-18, 21-14.

Dalam satu lagi saingan kumpulan D, juara 14 kali China, menang mudah ke atas Kanada 5-0.

Skuad Piala Uber negara akan berdepan China pada Ahad, 1.30 tengah hari waktu tempatan (7.30 malam waktu Malaysia) dan melengkapkan perlawanan kumpulan D menentang Kanada pada Isnin 7 malam waktu tempatan (1 pagi Selasa waktu Malaysia). - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 22 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad