web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hafizh Syahrin Tidak Nampak Cara Untuk Kekal Beraksi Musim Depan

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2021 7:35PM

Kekangan kewangan antara sebab Hafizh sukar melihat dirinya meneruskan aksi dalam kejuaraan dunia musim depan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Disebabkan beberapa faktor, pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah tidak dapat melihat masa depannya untuk terus kekal dalam Kejuaraan Motosikal Dunia musim hadapan.

Pelumba NTS RW Racing GP itu berkata salah satu faktor utama adalah kekangan kewangan, di mana untuk beraksi dia perlu mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi memenuhi tuntutan pasukan.

Katanya perbelanjaan berskala besar yang dikeluarkan seakan tidak berbaloi sekiranya beliau tidak mendapat kepuasan dari aspek prestasi jentera, sekali gus menjejaskan persembahannya.

“Saya rasa ini tahun terakhir saya di Kejuaraan Dunia sebab saya tak boleh nak teruskan, saya tahu ramai peminat mengharapkan saya kekal tetapi saya terpaksa fikir untuk masa depan sendiri, mungkin saya boleh buat benda lain (selepas ini).

“Saya tak nak teruskan mungkin sebab faktor pasukan Eropah memerlukan kita bawa duit untuk masuk, dan saya bukan tak minat cara macam itu, tetapi saya yakin yang saya mampu beri saingan, jadi kenapa perlu bawa duit masuk untuk pasukan.

“...dan jika tiada benda (hasil) saya dapat contohnya prestasi yang saya inginkan tu saya tak dapat, jadi saya rugi macam itu saja,” katanya dalam klip video kepada wartawan tempatan, hari ini.

Namun, bekas pelumba MotoGP bersama pasukan Monster Yamaha Tech 3 itu, tidak menyalahkan mana-mana pihak berikutan keputusan yang bakal diputuskannya nanti.

Katanya beliau dan NTS RW Racing GP sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan persembahan di trek, namun mengakui tempoh semusim tidak cukup bagi beliau untuk menyesuaikan diri bersama jentera yang menggunakan casis baharu musim ini.

Baru-baru ini Hafizh memberi bayangan bersedia untuk menamatkan perjalanan kariernya selama lapan tahun dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia, menerusi hantaran di Instagram miliknya dengan menggamit perjalanan kariernya sejak 2014.

“Kalau tanya peluang macam mana yang saya inginkan, jika ada pasukan yang berminat dengan saya, saya perlukan casis macam saya gunakan empat tahun lalu iaitu Kalex. Selepas itu cuba saya dalam tempoh setahun dan kalau saya tetap tak bagus, saya sedia undur diri,” katanya.

Selepas 15 perlumbaan Moto2 musim ini, Hafizh berada di tangga ke-28 dengan mengumpul lapan mata.

Dalam pada itu, Hafizh masih belum memikirkan masa depannya selepas ini, namun tidak menolak kemungkinan beraksi di kejohanan lain seperti Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) atau Kejohanan Motosikal Superbike Dunia (WSBK). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 tahun yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

2

TARA 3 tahun yang lalu

Kawan-Kawan Selalu ‘Flex’ Kemewahan Sehingga Anda Terkesan? Ini 5 Tip Untuk Atasi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Tempoh Permohonan Geran Kewangan MITRA Dilanjut Ke 28 Mei

4

Semasa 3 tahun yang lalu

KKD, BNM Terus Kerjasama Bendung Kes Penipuan Sektor Kewangan - Fahmi

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 minit yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad