web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KBS Tangguh Kehadiran Penonton Ke Stadium

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2021 8:01AM

Penangguhan kehadiran penonton ke venue sukan dan rekreasi di negari Fasa 4, PPN dilakukan bagi membolehkan perincian semula Protokol Am Pengurusan Penonton/ Penyokong dilaksanakan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kebenaran kehadiran penonton atau penyokong ke venue sukan dan rekreaksi di kawasan fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) ditangguh sementara.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi kenyataan malam tadi memaklumkan bahawa penangguhan itu bagi membolehkan perincian semula Protokol Am Pengurusan Penonton/ Penyokong dilaksanakan dengan mengambil kira penilaian risiko semasa.

“KBS telah membentangkan cadangan kehadiran penonton/penyokong ke venue bagi pertimbangan kerajaan melibatkan kawasan di bawah PPN fasa dua dan tiga.

“Susulan itu, Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 Selasa dan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik pada Rabu memutuskan agar KBS memperincikan Protokol Am itu dengan penelitian terhadap beberapa aspek dengan mengambil kira input dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM),” menurut KBS.

Menurut kenyataan itu, KBS amat komited bagi memastikan pembukaan semula sektor sukan dan rekreasi dilakukan dengan teliti seiring dengan keperluan kesihatan awam.

Sebelum ini, Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan berharap agar kerajaan membenarkan penyokong ke stadium bagi saingan Piala Malaysia musim ini yang memasuki ulang tahun ke-100. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad