web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tunggakan Cukai LHDN KFA Kini RM10 Juta

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2021 5:43PM

DUN Kedah hari ini dimaklumkan bahawa jumlah tunggakan cukai LHDN KFA kini meningkat kepada RM10 juta. - Gambar dari Facebook DUN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini diberitahu jumlah tunggakan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kini meningkat kepada RM10 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Mohd Firdaus Ahmad berkata jumlah itu diperolehi selepas pihak LHDN membuat semakan semula dokumen berkaitan penggajian dari 2014 sehingga 2019, pada Mac lepas.

“Semakan tersebut mendapati KFA mempunyai tunggakan PCB/CP38 (Potongan Caruman Berjadual). Jumlah tunggakan PCB/CP38 itu telah meningkat kepada RM10 juta,” katanya dalam sesi penggulungan di sidang DUN Kedah di sini hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Kehormat KFA berkata tunggakan tersebut meliputi tunggakan PCB pemain import yang terdahulu.

Menurutnya, sebelum ini KFA mempunyai tunggakan PCB/CP38 lebih RM3.4 juta, tidak termasuk kompaun yang ditinggalkan oleh pengurusan lama persatuan itu.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor pada sidang media selepas sidang DUN berkata semasa mula memegang jawatan sebagai Presiden KFA Julai tahun lepas, persatuan itu mempunyai tunggakan gaji pemain serta dengan badan berkanun iaitu LHDN dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Masa itu kerajaan negeri dapat melunaskan RM15 juta untuk tunggakan dan gaji semasa pemain, tunggakan di KWSP dan LHDN dijadualkan semula bayaran.

“Tapi tiba-tiba bila nak dapatkan lesen baharu pemain untuk musim depan, kita diminta kemukakan dokumen pelesenan yang diperlukan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan dikejutkan dengan tuntutan baharu (LHDN) berjumlah RM10.4 juta, iaitu cukai pendapatan para pemain yang tidak dijelaskan,” katanya.

Menurut beliau jika KFA gagal menjelaskan tunggakan tersebut ia akan memberi kesan kepada proses pelesenan, kerana kelulusan lesen perlu mendapat pelepasan daripada LHDN.

“KFA beroperasi untuk kemajuan sukan berasaskan tanggungjawab sosial penaja dan tidak buat keuntungan, kerana KFA bukan badan perniagaan yang menjana keuntungan.

“Lagipun semua ini adalah tunggakan lama…yang semasa (terkini) tiada tunggakan jadi saya dah berunding untuk mohon hapus kira (tunggakan) atas sebab kegagalan mereka (LHDN) pada masa dahulu, yang tak kutip tunggakan pada masa itu, sekarang KFA bagi kerjasama baik baru nak kutip mana boleh,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad